JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan dakwaan kadar jenayah di negeri itu akan meningkat apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka berikutan kedudukan indeks jenayah terkawal dan tidak menunjukkan sebarang kenaikan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Shahurinain Jais berkata pihaknya, menerusi Operasi Lejang yang dilancarkan di seluruh negeri pada 27 Mac lepas sehingga kini, berjaya menurunkan kes jenayah terutama melibatkan harta benda.
Beliau berkata sebanyak 526 pemeriksaan di premis dilakukan yang membawa kepada penahanan 30 individu, yang disyaki terlibat dalam kecurian kenderaan, dan rampasan 24 kenderaan.
"Kita telah mengesan satu kenyataan palsu tular di media sosial berkaitan kemungkinan berlaku peningkatan jenayah apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka. Polis Johor ingin menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah palsu.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai apa jua yang ditularkan dan menyemak dahulu kesahihan maklumat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April dengan beberapa kelonggaran termasuk pembukaan sempadan negara dan premis perniagaan boleh beroperasi mengikut masa lesen perniagaan masing-masing.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor ACP Amran Md Jusin dalam kenyataan berasingan memaklumkan kes penipuan Macau Scam melalui kaedah penyamaran sebagai pegawai kerajaan menunjukkan peningkatan ketara tahun ini berbanding 2021 yang melibatkan kerugian RM9.556 juta setakat semalam.
Beliau berkata jumlah kerugian itu direkodkan daripada 209 kes sejak 1 Jan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor Superintenden M. Kumarasan pula memaklumkan pihaknya mengeluarkan sejumlah 2,350 saman atas pelbagai kesalahan melalui pemeriksaan terhadap 10,035 kenderaan termasuk 3,723 motosikal dalam Operasi Khas Samseng Jalanan.
"Jumlah pemeriksaan individu adalah seramai 12,815 orang dan 10,035 kenderaan diperiksa dengan 208 kenderaan telah disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya sambil menambah operasi seminggu bermula 9 April lepas di seluruh Johor itu bertujuan menangani isu mat rempit yang semakin berleluasa.
Beliau berkata dalam operasi itu, seramai 39 lelaki dan tiga wanita berumur lingkungan 14 hingga 53 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta APJ 1987 serta Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022

Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April dengan beberapa kelonggaran termasuk pembukaan sempadan negara. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea
Panglima tentera Sudan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan pada Sabtu mengarahkan pembukaan semula sempadan negara dengan Eritrea, menurut satu kenyataan rasmi.

Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar
Pembukaan semula sempadan negara selepas keadaan COVID-19 terkawal adalah antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Lembaga Tabung Haji.

Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China
Sebanyak 14 penerbangan yang membawa rombongan pelancong dari China dijadual tiba di Thailand pada Isnin.

Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat
Jumlah pendapatan pelancongan perubatan Pulau Pinang meningkat secara eksponen berbanding RM66 juta yang direkodkan semasa 2021 kepada RM285 juta pada 2022.

Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3995/4095 berbanding dolar AS kepada 4.4180/4215 sewaktu ditutup pada Khamis.

Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April
Lebih sejuta pelancong tiba di negara ini, iaitu melebihi separuh daripada sasaran dua juta pelancong antarabangsa yang ditetapkan kerajaan pada tahun ini.

Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan
Bagi pelancongan antarabangsa, pemulihan sedang berjalan dengan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura pada 1 April lepas.

Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.

JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sentiasa melakukan pemantauan sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka.

Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini
Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka hari ini, bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.