KOTA BHARU: Pelancong dari Eropah khususnya United Kingdom menunjukkan minat tinggi untuk datang bercuti ke Malaysia apabila pintu sempadan negara dibuka 1 April ini.
Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata pembukaan sempadan negara juga mendapat reaksi positif daripada pelancong India serta negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.
Namun begitu, beliau berkata kemasukan pelancong dijangka tidak sama seperti sebelum pandemik COVID-19 kerana masih ada negara tidak membenarkan rakyat mereka keluar melancong.
"Jadi, kita akan terima kedatangan pelancong secara berperingkat, mungkin pelancong dari negara Eropah khususnya United Kingdom yang membenarkan rakyat keluar melancong dan pada masa sama boleh menerima kemasukan pelancong luar ke negara mereka.
"Sejak sebulan lepas, kita memang menerima banyak pertanyaan menerusi media sosial daripada pelancong Eropah," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian MATTA Fair Kelantan 2022 di sini pada Khamis.
Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Penggembaraan Malaysia (MATTA) Mohd Akil Mohd Yusof.
Sementara itu, Mohd Akil berkata pembukaan sempadan pada 1 April nanti membantu mencapai sasaran kemasukan kira-kira dua juta pelancong dari luar negara ke Malaysia pada tahun ini.
"Semasa pelaksanaan Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi, memang majoriti pelancong adalah daripada negara Eropah.
"Apabila pintu sempadan dibuka pelancong daripada Thailand, Singapura, Indonesia dan Timur Tengah juga dilihat berminat untuk datang bercuti ke Malaysia.
"Insya-Allah, semua ahli MATTA sudah bersedia untuk menerima kedatangan pelancong, malah sasaran dua juta pelancong mampu dicapai," katanya.
Mohd Akil berkata MATTA dan Tourism Malaysia amat berharap agar syarikat penerbangan antarabangsa memulakan semula penerbangan serta menambah kekerapan keluar masuk ke negara ini, sebagai membantu usaha pembukaan sempadan negara.
"Ini amat diperlukan kerana ada syarikat penerbangan telah mengurangkan kekerapan penerbangan dalam tempoh pandemik COVID-19.
"Sebagai contoh tiada penerbangan terus daripada India ke Malaysia ketika ini, pelancong yang ingin datang mereka perlu terbang ke Dubai sebelum ke Kuala Lumpur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Pelancong dari Eropah khususnya United Kingdom menunjukkan minat tinggi untuk datang bercuti ke Malaysia apabila pintu sempadan negara dibuka 1 April ini. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pembukaan sempadan: Pelancong Eropah tunjuk minat tinggi bercuti ke Malaysia
Pelancong dari Eropah khususnya United Kingdom menunjukkan minat tinggi untuk datang bercuti ke Malaysia apabila pintu sempadan negara dibuka 1 April ini.

Pelancong Eropah sudah divaksin boleh kunjungi Perancis mulai 9 Jun
Perancis akan membuka semula sempadannya kepada semua pelancong Eropah yang sudah divaksin tanpa perlu menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR), bermula 9 Jun.

COVID-19: Harapan baharu untuk sektor pelancongan Sepanyol pulih
Sepanyol membuka kembali ekonomi dan menamatkan larangan pergerakan selepas tiga bulan untuk mengawal penularan COVID-19.

Jumlah pelancong Eropah ke Melaka meningkat - Idris
Jumlah kedatangan pelancong Eropah ke Melaka catatkan peningkatan kepada 212,524 orang pada tahun lepas berbanding 174,708 orang pada tahun 2014.