SUNGAI BULOH: Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) yang ditangguhkan oleh kerajaan terdahulu akan dimulakan pada separuh kedua tahun ini.
Sehubungan itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pihaknya telah memberi tempoh tiga bulan kepada Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) untuk melakukan kajian pelaksanaan projek berkenaan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
"Dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek MRT3 dan MRT Corp diberi tempoh selama tiga bulan untuk mengemas kini kajian melibatkan jajaran dan kos projek ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan ketersediaan operasi MRT laluan Putrajaya fasa satu dari Stesen MRT Sri Damansara Sentral ke Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur sepanjang 17.5 kilometer.
Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Abd Rahim Bakri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak.
Menurut Wee kos projek berkenaan kelak akan diputuskan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MRT Corp dan memberi jaminan kerajaan akan membuat pilihan yang paling menguntungkan dan memanfaatkan rakyat.
Pada 2018, Menteri Pengangkutan ketika itu Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata MRT3 ditangguhkan untuk mengurangkan bebanan hutang kerajaan.
Mengulas mengenai MRT Laluan Putrajaya, Wee berkata projek berkenaan kini 97 peratus siap dan dijangka memulakan operasinya pada Ogos depan.
Tambahnya baki tiga peratus projek laluan sepanjang 17.5 kilometer itu kini hanya melibatkan aktiviti pengujian dan pentauliahan sistem mekanikal dan elektrik serta operasi percubaan.
"Operasi percubaan akan melibatkan bahagian laluan yang akan beroperasi tanpa membawa penumpang," katanya.
Tambah Wee lagi fasa kedua melibatkan baki laluan antara Kampung Batu ke Putrajaya yang sedang berjalan kini di peringkat 87 peratus siap dan dijangka memulakan operasi pada Januari 2023.
Kos keseluruhan pembinaan MRT Laluan Putrajaya ialah RM30.53 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pihaknya telah memberi tempoh tiga bulan kepada Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) untuk melakukan kajian pelaksanaan projek berkenaan. - Bernama
Malaysia kekal teguh perjuang gencatan senjata di Gaza
Tatkala konflik yang membinasakan ini berterusan, sebuah negara kekal utuh untuk menamatkan keganasan yakni Malaysia.
Lima tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir
Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung.
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Hari Kebangsaan: MRT laluan Putrajaya dipenuhi wajah-wajah ceria
Perkhidmatan MRT beroperasi selama 24 jam pada 30 dan 31 Ogos bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
Lorong bas Jalan Klang Lama: Pengguna jalan raya diharap beri maklum balas membina - Exco
Pengguna jalan raya di laluan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama, di sini diharap dapat bekerjasama dan memberi maklum balas membina sepanjang tempoh percubaan perkhidmatan itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Koc wanita MRT laluan Putrajaya mula Isnin ini - Rapid Rail
Koc wanita bagi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini.
Deloitte Malaysia, MRT Corp tandatangani perjanjian hak penamaan stesen MRT
Deloitte Malaysia telah melancarkan stesen MRT Deloitte TTDI pada Selasa, menandakan integrasinya ke dalam rangkaian 29 stesen di sepanjang laluan MRT Kajang.
Kadar kes gangguan seksual wanita di pengangkutan awam berjaya diturunkan
Kejayaan berkenaan berikutan pengenalan koc wanita selama tiga bulan di MRT Laluan Kajang bermula September lalu.
Penganggur tunjuk kemaluan di MRT didenda RM2,000
Tindakan seorang penganggur menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Transit Aliran Massa (MRT), mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.
Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT
Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.
Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin
Kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM1.
Gangguan seksual: Percubaan operasi koc wanita MRT laluan Kajang hujung bulan ini
Percubaan operasi bagi koc wanita untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang akan dimulakan pada hujung bulan ini.