Rancangan pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih akan diteruskan seperti yang pernah dicadangkan biar pun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata ia perlu direalisasi bagi memastikan penduduk di kawasan itu mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik.
"Apa yang disebut oleh calon kami sebelum ini adalah sesuatu yang mustahak memandangkan Klinik Kesihatan di pekan Semenyih dan Beranang sudah uzur dan sesak.
"Saya yakin kami akan dapat lokasi tanah dan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk menjayakan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Acara 'Run For Rare' di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menetapkan anggaran masa berkaitan pembinaan klinik itu.
Sebelum ini, calon PH Muhammad Aiman Zainali dilapor menjadikan pembinaan hospital di Semenyih sebagai agenda utama jika menang PRK itu memandangkan ia adalah permasalahan paling banyak diutarakan oleh masyarakat setempat.
Bagaimanapun pada 25 Feb lalu, Dr Dzulkefly mencadangkan pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan oleh kerana dua klinik di pekan Semenyih dan Beranang tidak boleh diperluaskan kerana kekangan tempatselain penambahbaikan fasiliti Hospital Kajang yang merupakan hospital terdekat di Semenyih.
Semalam, keputusan PRK Semenyih menyaksikan kemenangan Barisan Nasional (BN) apabila berjaya menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru pada PRK kawasan itu dengan memperoleh 19,780 iaitu majoriti 1,914 undi.
Zakaria menewaskan calon PH Muhammad Aiman Zainali, yang memperoleh 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2019
![Pembinaan klinik di Semenyih tetap diteruskan - Dr Dzulkefly Pembinaan klinik di Semenyih tetap diteruskan - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551582948_DZULKEFLYAHMAD.jpg)
DZULKEFLY: Saya yakin kami akan dapat lokasi tanah dan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk menjayakan perkara ini. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Insiden keropok beracun: Wake-up call buat KKM - Dzulkefly Insiden keropok beracun: Wake-up call buat KKM - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720884630_DzulkeflyAhmad.jpg)
Insiden keropok beracun: "Wake-up call" buat KKM - Dzulkefly
Dzulkefly berkata kejadian itu mengingatkan pihaknya terutama penguat kuasa agar memberikan perhatian terhadap bahaya racun tersebut kepada manusia.
![Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720858350_tbDzulkeflyAhmad.jpg)
Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat
Peraturan dan perintah larangan berkaitan penjualan produk rokok elektronik atau vape dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.
![Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly
Jumlah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang disahkan autisme meningkat kepada 1,681 kes pada tahun lalu berbanding 183 pada 2013.
![Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720674506_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720404770_DzulkeflyAhmad.jpg)
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
![11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM 11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720329749_KKM.jpg)
11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM
BeSS merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi pelbagai kriteria tertentu.
![KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025 KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719806384_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025
Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai nisbah 1:270, UK 1:357, Australia 1:270, Austria 1:192, Thailand 1:1,111, dan Indonesia 1:1,400.
![KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719737885_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) belum mendapat maklumat lanjut berhubung kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) yang sedang melanda Jepun.
![KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
![Usah pertikai, ragui kompetensi doktor 'parallel pathway' - Dr Dzulkefly Usah pertikai, ragui kompetensi doktor 'parallel pathway' - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719466331_TBDzulkeflyAhmad.jpg)
Usah pertikai, ragui kompetensi doktor 'parallel pathway' - Dr Dzulkefly
Orang ramai tidak sewajarnya mempersoal atau mempertikai kompetensi doktor perubatan yang mendapat kelayakan kepakaran melalui parallel pathway.