Projek pembinaan Hospital Rembau telah siap 39 peratus sehingga Ogos lepas, kata Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha.
Beliau berkata kerja-kerja pembinaan sedang berjalan lancar berbanding sebelum ini setelah masalah reka bentuk selesai.
"Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memantau rapi kemajuan kerja di tapak bina dan sentiasa membantu pihak kontraktor dalam menyiapkan projek ini di samping menjaga kualiti pembinaan.
"Mesyuarat koordinasi projek telah diadakan hampir setiap minggu bagi memastikan kemajuan projek berjalan lancar di samping mesyuarat teknikal dan mesyuarat tapak yang diadakan setiap bulan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Menurut beliau pihak kontraktor juga menunjukkan komitmen yang tinggi dan komited dalam menyiapkan projek ini sepertimana yang disasarkan.
Katanya projek ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama merupakan kerja-kerja tanah dan fasa kedua adalah kerja-kerja bangunan.
Roslan berkata projek ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama merupakan kerja-kerja tanah dan fasa kedua adalah kerja-kerja bangunan.
Katanya fasa pertama (kerja-kerja tanah) telah dimulakan pada 8 Jun 2012 dan siap pada 21 Feb 2013, manakala bagi kerja fasa kedua (kerja membina bangunan) sekarang bermula pada 9 Sept 2013 dan dijadualkan siap pada 8 Sept 2016.
Pihak JKR telah mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan perunding sivil dan struktur pada 12 Dis 2014 lepas di atas kegagalan perunding sehingga berlaku kelewatan tersebut.
"JKR terpaksa mereka bentuk semula struktur pembinaan terutamanya bagi blok yang dibina secara pasang siap (Industrialised Building System - IBS).
"Ekoran itu lanjutan masa diberikan mengikut syarat-syarat kontrak dan alhamdulillah, projek berjalan lancar sekarang iaitu tarikh jadual siap adalah pada 29 Dis 2017," katanya.
Projek pembangunan Hospital Rembau dengan kapasiti 76 buah katil ini dibina di tanah berkeluasan 19.4 hektar yang terletak di Chembong, Rembau dengan kos pembinaan berjumlah RM97 juta.
Pembinaan projek ini dikendalikan Pasukan Projek Khas (Bangunan) Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.
Bernama
Sun Sep 18 2016
![Pembinaan Hospital Rembau telah siap 39 peratus sehingga Ogos lepas Pembinaan Hospital Rembau telah siap 39 peratus sehingga Ogos lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71474166989_HospitalRembau.jpg)
Sebahagian daripada binaan di tapak projek Hospital Rembau. - Foto sumber YouTube.
![Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720088293_HasyimAsyari.jpg)
Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia
DKPP Indonesia telah memecat Hasyim Asy'ari daripada jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), atas tuduhan melanggar etika profesional.
![Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN
Sistem eCOB, iaitu laman web sehenti bagi pengumpulan pelbagai maklumat berkaitan skim pemajuan perumahan dan kediaman berstrata, tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilay
BYD buka kilang di Thailand, pertama di Asia Tenggara
Kilang BYD itu adalah sebahagian daripada gelombang pelaburan bernilai lebih 1.44 bilion dolar Amerika daripada pembuat EV China yang mendirikan kilang di Thailand, dibantu oleh subsidi kerajaan dan insentif cukai.
3,000 kilang pintar dijangka sumbang RM36.8 bilion KDNK
3,000 kilang pintar dengan teknologi 5G dijangka akan menyumbang hampir RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pantau Agenda Reformasi: Sungai Bakap Memilih: Analisis kecenderungan pengundi
Ikuti ulasan Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM, Mujibu Abd Muis mengenai prestasi calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menjeland hari pengundian 6 Julai akan datang.
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
!['Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon 'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720087002_sadiqjamil.jpg)
'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
ICJ benarkan celahan tujuh negara dalam kes genosid Myanmar
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membenarkan celahan oleh tujuh negara dalam kes genosid ke atas Myanmar.
Polis jamin siasat petugas PH ganggu wartawan
Polis beri jaminan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen PH didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan
KDN jamin keselamatan pengundi
KDN jamin keselamatan 39,000 pengundi Sungai Bakap yang membuang undi pada PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini.
![Kanak-kanak maut dipatuk ular Kanak-kanak maut dipatuk ular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627107047_Kanakkanakmautdip.jpg)
Kanak-kanak maut dipatuk ular
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun lima bulan maut selepas dipatuk ular di kediamannya di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir, di sini malam tadi.
![Khairy Jamaluddin bakal terima vaksin Sinovac tengah hari ini Khairy Jamaluddin bakal terima vaksin Sinovac tengah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614098790_KhairyJamaluddin.jpg)
Khairy Jamaluddin bakal terima vaksin Sinovac tengah hari ini
Ketua Penyelia Jururawat Hospital Rembau, Salha Abd Samad dijadualkan melakukan suntikan kepada Khairy Jamaluddin.
![Pembinaan Hospital Rembau telah siap 39 peratus sehingga Ogos lepas Pembinaan Hospital Rembau telah siap 39 peratus sehingga Ogos lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71474166989_HospitalRembau.jpg)
Pembinaan Hospital Rembau telah siap 39 peratus sehingga Ogos lepas
Pihak kontraktor juga menunjukkan komitmen yang tinggi dan komited dalam menyiapkan projek ini sepertimana yang disasarkan.