Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktirafkan peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam menguruskan pembiayaan Dana Mikro Tanpa Faedah kepada usahawan muda.
Menurutnya lagi, FAMA telah mendapat kelulusan dana sejumlah RM50 juta bagi pinjaman mudah daripada Jabatan Perdana Menteri menerusi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).
"Jabatan Perdana Menteri, menerusi UKAS meluluskan peruntukkan RM50 juta sebagai pinjaman.
"Kepada mereka yang mahu mulakan perniagaan, ini boleh dijadikan modal tambahan dan untuk memberi peralatan,"kata Najib pada ucapannya sempena sambutan ulang tahun ke-50 FAMA yang berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur selama tiga hari bermula Jumaat.
Pada majlis itu juga, Najib turut melancarkan Program Agro Bazar atas talian yang bertujuan untuk mewujudkan komuniti atas talian dan meningkatkan kualiti hidup komuniti perniagaan.
Jelasnya lagi, langkah ini membolehkan produk industri asas tani dapat dipasarkan terus ke peringkat dunia.
Selain itu, Najib turut melancarkan gelaran baharu 'Durian Musang Queen' daripada baka yang merupakan durian kedua terbaik di negara ini selepas 'Durian Musang King.'
Pada masa sama turut mengumumkan kelulusan pembinaan bangunan ibu pejabat baharu FAMA di Kelana Jaya, Selangor dengan peruntukan sebanyak RM220 juta.
Program Francais Kopi 1Malaysia juga dilancarkan pada sambutan itu, dan langkah itu adalah bagi menggalakkan lebih banyak orang muda membuka francais seperti melalui kafe, dan karavan.
Melihat kejayaan sambutan pesta makanan pada ulang tahun FAMA ke-50 kali ini, Najib mengumumkan ia akan dijadikan sebagai satu acara tahunan FAMA.
Dania Zainuddin
Sat Dec 05 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan baka baru durian 'Musang Queen' pada sambutan 50 Tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Dataran Merdeka hari ini. - Foto Bernama
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan
Antara bantuan yang diberikan Mardi dan FAMA ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai.
Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.
MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.
FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.
FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.
FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.
Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.
Diskaun saman PDRM di pelancaran Bulan Kebangsaan di Cyberjaya
Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman PDRM sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.
Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini
Jelajah Road to MAHA@Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam, diikuti ke Kota Belud, Kundasang, Telupid dan berakhir di Sandakan.
FAMA sasar RM2 juta nilai jualan Karnival Agro Madani 2024
Aminuddin berkata karnival itu dijangka mampu menarik lebih 200,000 pengunjung dengan penyertaan seramai 689 usahawan.