KUALA LUMPUR: Sehingga kini, lebih daripada satu juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi penglibatan pengamal perubatan swasta yang terdiri daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) GP, PPV Hospital Swasta dan juga pengamal perubatan swasta di PPV Mega dan PPV Industri.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Dr Anas Alam Faizli, pemberian ini melibatkan 782 fasiliti pengamal perubatan swasta dengan kapasiti lebih 90,000 dos sehari dan kapasiti ini akan terus ditingkatkan.
"Kapasiti dos daripada pengamal perubatan swasta dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ini melibatkan lebih 700 klinik swasta GP, 100 buah hospital, 18 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega, termasuk PPV Industri (PPVIN).
"Tambahan pula, ketika ini lebih 200 buah GP meningkatkan tempoh operasi pemberian vaksin kepada lima hari berbanding tiga hari sebelum ini.
"Pemberian vaksin melibatkan GP di Sarawak pula kini dibuat pada kadar 50 dos sehari. Kita akan terus meningkatkan kapasiti untuk mencapai tahap imuniti kelompok," katanya menerusi perkongsian dalam Twitternya pada Isnin.
Tambah beliau lagi, GP di seluruh negara kini sedang menyumbang 18,000 dos sehari. Manakala hospital swasta pula akan menyumbang 20,000 dos.
"Kita seru sektor swasta untuk terus mengembeling tenaga menyertai PICK untuk meningkatkan kapasiti keseluruhan daripada pengamal perubatan swasta. Diharapkan lebih ramai pengamal perubatan swasta akan terlibat dalam usaha ini," katanya lagi.
Nickyson Nyambar
Mon Jun 21 2021

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Dr Anas Alam Faizli, pihaknya akan bekerjasama rapat terutamanya dengan sektor swasta bagi meningkatkan kapasiti pemberian vaksin COVID-19 untuk mencapai tahap imuniti kelompok. -Gambar Twitter @aafaizli

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pemberian vaksin libatkan pengamal perubatan swasta cecah lebih satu juta
Pemberian ini melibatkan 782 fasiliti pengamal perubatan swasta dengan kapasiti 90,000 dos sehari.