PADANG TERAP: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah meningkatkan jumlah pemberian subsidi bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan pelbagai isu yang berlaku ketika ini.
Menurut beliau, menerusi Bajet 2022 yang diumumkan tahun lalu, peruntukan pemberian subsidi bernilai RM32 bilion namun telah dinaikkan kepada sekitar RM80 bilion bagi mengurangkan bebanan rakyat.
Memberikan contoh harga minyak petrol, Ismail Sabri berkata, harga yang perlu dibayar orang ramai bagi minyak petrol jenis RON95 adalah sekali ganda berbanding harga semasa sekiranya subsidi tidak lagi ditanggung kerajaan.
"Saya hendak maklumkan kerajaan (sentiasa) menjaga kepentingan rakyat terutama masyarakat luar bandar dan B40.
"Seperti yang (saya) sebutkan sebelum ini, RM80 billion dibelanjakan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terbeban, (sebenarnya) di dalam bajet 2022, yang diumumkan adalah subsidi (berjumlah) RM32 bilion
"Tetapi bila ada peningkatan ada peningkatan harga minyak sawit, apabila harga minyak naik, (termasuk) harga minyak di pam (pun) naik, kalau harga minyak (itu) tiada subsidi, (ia) akan jadi RM4 bagi satu liter.
"(Oleh itu), kita bagi subsidi supaya harga tidak tinggi, sebab tu (peruntukan asal) RM32 bilion jadi RM80 bilion," kata beliau.
Perdana Menteri berkata ketika berucap pada Majlis 'Kenuri' Rakyat Keluarga Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Nerang, di sini, pada Jumaat.
Sebelum ini, Ismail Sabri berkata, kerajaan sedang mencari mekanisme paling sesuai dalam merangka subsidi bersasar untuk rakyat yang berhak menerimanya sekali gus mengelak tiada ketirisan dan golongan itu yang tertinggal.
Kata Ismail Sabri, mekanisme itu memerlukan perincian dan bukan sesuatu yang mudah untuk ditentukan.
Abd Hadi Che Awang
Fri Sep 02 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah meningkatkan jumlah pemberian subsidi bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan pelbagai isu yang berlaku ketika ini. - Gambar BERNAMA
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
NACCOL cadang naik harga lantai belian padi, subsidi tambahan kepada pesawah
Menaikkan harga lantai belian padi dan memberikan subsidi tambahan kepada pesawah antara cadangan yang akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac ini.
Pemberian subsidi tambahan untuk pastikan rakyat tidak terbeban - Ismail Sabri
Dalam Bajet 2022, pemberian subsidi asalnya bernilai RM32 bilion, namun telah dinaikkan kepada sekitar RM80 bilion, kata PM.