PUTRAJAYA: Menaikkan harga lantai belian padi dan memberikan subsidi tambahan kepada pesawah antara cadangan yang akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac ini.
Ketua Kluster Task Force Pemantauan Kluster Makanan NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata kedua-dua cadangan itu, jika dilaksanakan, membolehkan rakyat membeli beras pada harga lebih rendah iaitu RM30 untuk 10 kilogram (kg) berbanding ketika ini RM40 untuk 10kg.
"Harga lantai ketika ini RM1,300 per tan metrik tetapi pesawah dapat menjual dengan harga RM1,700 per tan metrik dan harga jual itu berpatutan dengan kos pertanian yang ditanggung pesawah.
"Kita cadangkan supaya harga lantai dinaikkan daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik supaya bila berlakunya turun naik dalam pasaran dunia, pendapatan pesawah tidak terjejas.
"Secara tidak langsung dapat menggalakkan mereka untuk meneruskan industri penanaman padi sehingga mencapai tahap sara diri (SSL) dalam pengeluaran beras," katanya kepada media selepas mengadakan sesi libat urus bersama wakil persatuan daripada pesawah, pengilang dan pemborong di sini pada Khamis.
Syed Abu Hussin Hafiz berkata subsidi tambahan kepada pesawah juga perlu dilaksanakan serentak dengan kenaikan harga lantai padi bagi memastikan setiap pihak yang terlibat iaitu pesawah, pengilang dan rakyat mendapat manfaatnya.
Beliau berkata pihaknya mencadangkan supaya pesawah diberikan subsidi tambahan bernilai RM200 bagi setiap tan metrik penjualan padi oleh kerajaan.
Cadangan itu menurutnya, dikemukakan bagi menampung kekurangan margin harga belian bagi setiap tan metrik oleh pengilang kepada pesawah.
Syed Abu Hussin Hafiz berkata hal ini kerana harga belian padi ideal bagi setiap tan metrik adalah kira-kira RM1,700.
"Pemberian subsidi RM200 penting bagi membolehkan pesawah menikmati keuntungan pada saat pengilang hanya mampu membeli harga padi pada harga RM1,500 per tan matrik bagi memastikan beras putih dapat dijual dengan harga RM30 untuk 10kg.
"Pemberian subsidi tambahan hanya membabitkan kos RM360 juta berbanding pemberian subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang mencecah berbilion ringgit," katanya.
Pada 23 Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar hasil libat urus daripada mesyuarat khas NACCOL (mengenai penetapan harga beras putih) dibentang dan dimuktamadkan pada mesyuarat seterusnya iaitu pada 20 Mac sebelum diangkat untuk pertimbangan Kabinet.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Menaikkan harga lantai belian padi dan memberikan subsidi tambahan kepada pesawah antara cadangan yang akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang
Beliau yakin dapat menyelesaikan isu ini dalam masa tiga bulan tanpa gangguan dari kementerian dan agensi lain.
Kajian penstabilan barang Sabah, Sarawak dan Labuan ambil enam bulan - Armizan
Pelaksanaan kajian penstabilan harga barang Sabah, Sarawak dan Labuan, dijangka berlangsung dalam tempoh enam bulan.
'Beras putih tempatan masih tidak kelihatan' - Syed Abu Hussin
BPT masih tidak kelihatan dalam pasaran meskipun selepas Perdana Menteri mengarahkan stok bekalan barang keperluan itu diedarkan ke seluruh negara.
Wujudkan satu gred harga bagi beras putih - Syed Abu Hussin
Kerajaan dicadang untuk mewujudkan satu gred harga beras putih di negara ini bagi mengelak sebarang manipulasi Beras Putih Tempatan (BPT).
FAMA tingkat pengedaran beras tempatan 2,500 tan metrik bermula bulan depan
Langkah itu juga atas permintaan mesyuarat NACCOL baru-baru ini agar FAMA meningkatkan lagi pengedaran beras.
NACCOL gesa kawal selia padi dan beras segera edar beras putih tempatan
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menggesa Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras segera mengedarkan beras putih tempatan ke pasar raya di seluruh negara.
PM Anwar mahu penguatkuasaan lebih kerap tangani isu beras tempatan
Pendekatan pemantauan dan penguatkuasaan itu menuntut perubahan bagi memastikan edaran BPT lebih berkesan.
Perlu penguatkuasaan tegas, pastikan penurunan harga beras putih import tercapai
Ia bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai.
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
NACCOL hari ini bersetuju agar DOSM membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.
Harga beras putih import turun RM2-RM3 bermula esok
Kerajaan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju supaya harga jualan runcit beras putih import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa esok.