Lebih 700 pembeli Residen Tebrau, projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Jalan Tebrau di sini hari ini menggesa pemaju tidak melengah-lengahkan penyerahan kunci rumah projek yang sepatutnya siap pada Januari lepas.
Seorang pembeli, Hasni Mohni, 38 berkata tarikh siap projek tersebut telah ditunda sebanyak empat kali iaitu Januari, Mac, Jun dan terkini pada Oktober ini.
Menurutnya Perbadanan PR1MA Malaysia memaklumkan projek yang dimulakan pada 2016 itu kini 94 peratus siap.
"Kami tidak mahu tarikh siap ditunda lagi kerana pembeli sudah mula buat progressive payment, ada juga yang bayar penuh terutama pembeli yang ambil pinjaman kerajaan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
"Kami terbeban dengan masalah kewangan selain perlu membayar rumah sewa sementara menunggu projek ini siap. Saya berharap PR1MA tidak lagi menunda tarikh, kami bukan mahu janji tetapi kunci," katanya yang ditemui pemberita, di sini, hari ini.
Sementara itu, pesara swasta Nor Hayati Kayat, 57, berkata dia kecewa apabila rumah idamannya masih tidak dapat diduduki sehingga kini walaupun sudah menjelaskan separuh daripada harga rumah.
"Saya sudah bayar tunai sebanyak RM100,000 dengan menggunakan duit EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)," katanya.
Nur Hamizah Wahit, 31, pula berasa sedih dan terkilan kerana hasrat arwah bapanya yang teringin untuk melihatnya menduduki rumah berkenaan tidak kesampaian.
"Ayah meninggal dunia dua tahun lepas akibat sakit tua dan saya pula sudah ada dua anak (sejak beli rumah), namun rumah masih belum siap," katanya yang bertugas sebagai guru.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 25 2020

Sebahagian daripada pembeli kediaman Residen Tebrau, mendesak agar segera diserahkan kunci rumah mereka. - Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pembeli PR1MA Residen Tebrau gesa projek disiapkan segera
Perbadanan PR1MA Malaysia memaklumkan projek yang dimulakan pada 2016 itu kini 94 peratus siap.