KUALA LUMPUR: Pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengemukakan surat daripada kerabat diraja Arab Saudi yang menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri itu menerima hadiah wang tunai AS$100 juta sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kepada dunia Islam.
Surat menggunakan kepala surat Pejabat Peribadi Saud Abdulaziz Majid Al Saud, bekas Gabenor Wilayah Madinah, turut menyebut hadiah itu adalah sempena persahabatan yang terjalin antara kedua-duanya dan sebagai menghargai idea-idea baharu Najib selaku pemimpin Islam moden.
Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, ketika membacakan surat yang ditandatangani pada 1 Feb 2011, berkata, antara lain putera itu memberikan Najib sejumlah AS$100 juta sebagai hadiah yang akan dimasukkan ke dalam akaun beliau.
"Surat itu turut menyatakan bahawa Najib hendaklah memiliki budi bicara mutlak bagi menentukan bagaimana hadiah tersebut akan digunakan bagi mempromosi Islam agar ia terus berkembang dan putera berkenaan menambah baginda tidak mengharapkan sebarang faedah peribadi sama ada secara langsung atau tidak langsung susulan pemberian itu," katanya.
Wan Aizuddin berkata demikian ketika menyoal saksi pendakwaan ke-37 iaitu R. Uma Devi yang merupakan Pengurus Cawangan AmBank (M) Berhad Jalan Raja Chulan mengenai surat itu apabila merujuk beliau kepada dua dokumen berkaitan deposit berjumlah RM60.6 juta serta RM30.2 juta yang diterima oleh Najib antara Februari dan Jun 2011.
Wan Aizuddin: Adakah anda bersetuju bahawa terdapat kesimpulan yang tidak dapat dinafikan bahawa AS$100 juta yang disebut dalam surat itu dan kedua-dua transaksi ini adalah hadiah peribadi?
Uma Devi: Saya tidak boleh membuat kesimpulan kerana jumlahnya berbeza dan juga tidak pasti sama ada surat itu telah diberikan kepada pihak bank sebelum kedua-dua transaksi dilakukan.
Wan Aizuddin: Daripada pihak cawangan bank, surat ini tidak pernah dirujuk?
Uma Devi: Ya.
Saksi berusia 43 tahun itu turut memberi keterangan bahawa tiada tindakan diambil bagi menghentikan kemasukan AS$620 juta ke akaun Najib pada Ogos 2013 kerana tiada amaran dikeluarkan kepada pihak bank apabila transaksi itu dilakukan.
Beliau berkata, terdapat beberapa tanda amaran yang diteliti oleh bank seperti jumlah wang yang dipindahkan, tujuan dan pendedahan maklumat daripada pelanggan.
"Saringan akan dibuat berdasarkan kesemua tanda amaran ini. Pelanggan tidak akan dimaklumkan kerana ia akan menyebabkan mereka berjaga-jaga," katanya sambil menambah pelanggan tidak akan dimaklumkan bagi membolehkan pihak bank menjalankan siasatan apabila terdapat tanda amaran.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

Surat menggunakan kepala surat Pejabat Peribadi Saud Abdulaziz Majid Al Saud menyebut hadiah itu adalah sempena persahabatan yang terjalin dan sebagai menghargai idea-idea baharu Najib selaku pemimpin Islam moden. - Gambar fail BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.