Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan kerajaan PAS Kelantan bahawa isu pembayaran royalti minyak dan aktiviti pembalakan adalah dua perkara berbeza.
Mohamed Azmin berkata perkara itu tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk merosakkan alam sekitar dengan meneruskan aktiviti pembalakan.
"Isu pembayaran royalti telah kita nyatakan bahawa kerajaan Persekutuan akan akur kepada peruntukan undang-undang. Tetapi ini soal persekitaran yang kita mahu semua negeri bukan sahaja Kelantan...sementara kita mahu negeri itu dibangunkan tetapi persekitaran mesti dijaga. Itu sahaja.
"Dia tidak boleh, kalau ada kelewatan atau kegagalan pembayaran royalti, maka negeri akan dirosakkan. Ini kita tidak akan benarkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran 3R On Wheels dan Kad Mesra di sini hari ini.
Mohamed Azmin mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Rabu lepas, yang melaporkan kerajaan negeri itu bersedia menghentikan semua aktiviti pembalakan sekiranya kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan pembayaran royalti minyak seperti dijanjikan sebelum ini.
Mohd Amar berkata pembayaran royalti minyak dianggarkan RM700 juta setahun itu jauh lebih mencukupi untuk pembangunan Kelantan berbanding RM100 juta setahun hasil daripada aktiviti pembalakan.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan Persekutuan telah pun bersetuju membayar balik royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan secara tunai, namun tidak menyatakan bila dan jumlah bayaran tersebut akan dikemukakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 26 2019

Mohamed Azmin berkata perkara itu tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk merosakkan alam sekitar dengan meneruskan aktiviti pembalakan. - Gambar fail/Astro AWANI
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

Insiden kepala air Ulu Slim: 'Kayu hanyut bukan sebab pembalakan' - MB Perak
Sisa kayu dan pokok tumbang yang hanyut di Sungai Slim dalam kejadian kepala air di Slim Village pada Jumaat bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan.

MTL: Semua aktiviti pembalakan, rekreasi di Perak dihentikan sementara
Aktiviti pembalakan tidak dibenarkan di Perak mulai 1 November hingga 31 Disember ini, kerana keadaan cuaca yang tidak menentu, sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

Fenomena kepala air: Tekanan di empangan sementara antara faktor utama
Fenomena turut menyebabkan kadar air sungai meningkat secara mendadak dan banjir kilat di kawasan penempatan terutama di kawasan tinggi.

Hari Hutan Antarabangsa: Tiada lagi pembalakan haram, kini semuanya pembalakan 'halal'- Presiden PEKA
Saban tahun, ada sahaja aduan baik dari penduduk tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang membantah aktiviti berkenaan daripada terus rakus meragut khazanah bumi.

ADUN lapor polis nafi terlibat aktiviti pembalakan
Ia susulan dakwaan kononnya beliau meluluskan projek pembalakan di kawasan Batu Kurau hingga menjejaskan sumber air penduduk di kawasan tersebut.

Dalam 9 bulan, kemusnahan hutan Amazon lebih besar daripada luas Negeri Sembilan
Bagi September sahaja, data INOE menunjukkan aktiviti menggondol hutan meningkat sebanyak 96 peratus berbanding tahun lalu.

Orang Asli Pos Piah Sungai Siput ragui 'wang saguhati' syarikat pembalakan
Pengerusi Jaringan Orang Asli Kampung Pos Piah, Najib Alang, tindakan itu mendatangkan keraguan kepadanya dan penduduk kampung.

Pembayaran royalti dan pembalakan dua isu berbeza - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan kerajaan PAS Kelantan bahawa isu pembayaran royalti minyak dan aktiviti pembalakan adalah dua perkara berbeza.

Air kotor dan berselut, pembalakan di Gunung Inas didakwa punca
Dakwa penduduk, sebelum ini air keruh apabila hari hujan sahaja. Tetapi kini warna air keruh ini satu fenomena biasa biarpun ketika cuaca baik.

Bantahan Orang Asli boleh diselesai - MB Kelantan
Aktiviti pembalakan merupakan sumber hasil kerajaan negeri dan mereka tidak boleh mendesak agar aktiviti itu dihentikan tanpa alasan kukuh.