KUALA LUMPUR: Pembatalan tayangan filem animasi 'Lightyear' di Malaysia adalah keputusan pihak pengedar filem iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd, menurut Lembaga Penapis Filem (LPF).
LPF dalam kenyataan hari ini menjelaskan filem tersebut telah diluluskan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya, namun pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan.
"LPF telah menonton tapis filem 'Lightyear' dan telah memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) berserta klasifikasi P13 pada 30 Mei lepas.
"LPF mengarahkan supaya dibuat pengubahan (potongan) bagi adegan dan disenyapkan (mute) dialog yang didapati mengandungi elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang telah melanggar aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010," katanya.
Berdasarkan kepada peruntukan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010, aspek-aspek yang akan dipertimbangkan oleh LPF sebelum meluluskan kandungan filem atau bahan publisiti filem termasuk keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya, dan ketertiban serta ketatasusilaan.
Menurut kenyataan itu, LPF akan terus komited melaksanakan tanggungjawab penapisan filem dan bahan publisiti filem yang ditayangkan atau dipamerkan untuk tontonan masyarakat umum di Malaysia.
LPF juga bertegas tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasi unsur-unsur LGBT yang bertentangan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT.
Sebelum ini, filem Lightyear menjadi perbualan di media sosial susulan tidak akan ditayangkan di 14 negara Timur Tengah dan Asia termasuk Malaysia kerana mengandungi babak berunsur budaya songsang LGBT.
Filem itu yang sepatutnya membuka tirai di pawagam hari ini, merupakan prekuel kepada francais Toy Story yang diiktiraf oleh Pixar dan ia berkisar mengenai seorang renjer angkasa legenda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

LPF dalam kenyataan hari ini menjelaskan filem tersebut telah diluluskan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya, namun pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pembatalan tayangan 'Lightyear' keputusan pengedar filem - LPF
Pembatalan tayangan filem animasi 'Lightyear' di Malaysia adalah keputusan pihak pengedar filem iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd, menurut Lembaga Penapis Filem (LPF).