Seorang pembantu tadbir sebuah jabatan kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, atas 32 tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM209,233 di antara tahun 2014 dan 2017.
Tertuduh Mazuin Zulkifli, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Mohd Ghazali Mohamad Taib hari ini.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai pembantu tadbir (Bahagian Pembangunan) di Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Dia didakwa mengemukakan tuntutan menggunakan Borang Perubatan bagi tujuan rawatan kesuburan di Pusat Fertiliti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan di antara Oktober 2014 dan Oktober 2017.
Mazuin yang kini bertugas di Jabatan Pertanian Negeri Pahang mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM3,243 hingga RM9,000 menggunakan Borang Perubatan dan resit berkaitan rawatan yang sedang dilakukan di pusat fertiliti berkenaan.
Pendakwaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dilakukan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Mohd Fadhly Mohd Zamry, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.
Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat SPRM Pahang, dekat Indera Mahkota, setiap awal bulan sehingga perbicaraan kes itu selesai.
Hakim Mohd Ghazali bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan mengekalkan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 29 April ini bagi tarikh penyerahan dokumen dan sebutan semula kes.
Noraniza Kamsani
Fri Mar 29 2019

Mazuin Zulkifli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas 32 tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM209,233 di antara tahun 2014 dan 2017. -Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pembantu tadbir didakwa palsu tuntutan lebih RM200,000 untuk rawatan kesuburan
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai pembantu tadbir (Bahagian Pembangunan) di Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.