KUALA LUMPUR: Pembangunan berterusan projek pengangkutan awam yang berorientasikan rakyat bakal membawa pelbagai faedah ekonomi kepada negara.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata projek-projek seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System (RTS) dan Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) sangat penting sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan ekonomi apabila COVID-19 menjadi endemik dalam negara.
"Kerajaan sentiasa mendengar suara semua pihak dan berusaha mencapai kesimbangan antara kesihatan, masyarakat dan ekonomi, melalui pengumuman Belanjawan 2022 yang komprehensif dan inklusif, selari dengan semangat Keluarga Malaysia demi membawa manfaat kepada negara dan rakyat.
"Pada masa sama, memastikan projek infrarakyat seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Sistem Transit Rapid (RTS) dan Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dapat dibangunkan sepenuhnya, supaya ia mampu membawa lebih banyak manfaat ekonomi kepada negara," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Rabu.
Katanya lagi, kerajaan akan meneruskan pemantauan terhadap pembangunan pasaran, melaksanakan dasar mesra pelabur asing dan membantu dalam pemulihan serta merangsang industri tempatan.
Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata masyarakat harus bersedia untuk hidup bersama COVID-19 di masa hadapan kerana pandemik itu telah mengubah kehidupan harian, ekosistem industri, dan trend pembangunan.
Ka Siong berkata demikian selepas mengadakan perbincangan secara maya bersama Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), pada Selasa.
Katanya, antara perkara dibincangkan termasuk Belanjawan 2022.
Tambah Ka Siong, ACCCIM telah mencadangkan kepada kerajaan supaya tidak hanya memberi tumpuan kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN), tetapi juga perlu menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani pandemik COVID-19.
"Kerajaan juga digesa supaya lebih telus dan menyediakan statistik yang berkenaan, menambahbaik sistem kesihatan negara serta memperkukuhkan kemampuan negara untuk menghadapi pandemik.
"Menyentuh ekonomi domestik, kerajaan dicadangkan agar memperkenalkan pelbagai subsidi atau bantuan; pengurangan dan pengecualian cukai bagi meringankan beban rakyat dan perusahaan; serta lain-lain lagi," ujarnya.
Afiezy Azaman
Wed Sep 08 2021
Wee Ka Siong berkata kerajaan akan meneruskan pemantauan terhadap pembangunan pasaran, melaksanakan dasar mesra pelabur asing dan membantu dalam pemulihan serta merangsang industri tempatan. -Gambar Facebook
Pelarasan gaji, LHDN jangka pembayar cukai bertambah
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.
Pelabur asing kembali, catat belian bersih RM299.6 juta
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia berikutan jualan besar-besaran pada minggu lepas dan mencatat pembelian bersih ekuiti Malaysia berjumlah RM299.6 juta.
Jokowi diberi penghormatan tertinggi pemerintah Palestin
Presiden Indonesia Joko Widodo dianugerahkan penghormatan tertinggi daripada pemerintah Palestin.
Telur goreng disyaki punca keracunan makanan di SBP
Keracunan makanan melibatkan 32 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Terengganu disyaki berpunca daripada telur goreng yang didakwa telah berubah bau dan rasa.
Perdagangan meningkat 18.3 peratus pada Julai
Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Julai 2024, meningkat 18.3 peratus, kadar terpantas dalam tempoh 21 bulan. Menurut perangkaan terkini Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dari segi nilai, ia berjumlah RM255.88 bilion, nilai perdagangan tertinggi direkodkan sejak Oktober 2022.
MITI sasar tarik pelaburan RM300 bilion menjelang 2030
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau (GIS).
5.9 peratus jauh baik daripada kebanyakan negara Asia - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pencapaian yang memberangsangkan itu dicapai hasil kesepakatan semua termasuk Kerajaan Persekutuan, Negeri, pihak swasta serta rakyat.
Kerajaan lancar PuTERA35, angkat martabat Bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras sejajar dengan Ekonomi Madani iaitu pertama, memperkukuh pasak ekonomi negara; memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi; serta menegakkan keadilan sosial.
Sasar warga China, Thailand, sindiket ejen haram tawar perkhidmatan imigresen 'online' tumpas
JIM berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen melalui media sosial yang beroperasi selama sebulan.
Pelanggaran kapal, China dan Filipina saling tuding jari
Filipina dan China menuding jari antara satu sama lain dalam kejadian rempuhan kapal yang berlaku di kawasan yang dipertikaian di Laut China Selatan yang berlaku pada awal Isnin.
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.
Chua Jui Meng sentiasa prihatin kesihatan rakyat - Wee Ka Siong
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng sentiasa prihatin tentang kesihatan rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA
Strategi itu disifatkannya bijak kerana undi kepada BN tidak akan menggugat kedudukan MB, serta tidak menumbangkan kerajaan negeri.
Lebih 3,000 ahli CRSM siap sedia hadapi banjir - Wee
Lebih 3,000 ahli dan sukarelawan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) akan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan banjir di seluruh negara.
Pemuda, Wanita MCA jelajah seluruh negara dekati belia
Pemuda dan Wanita MCA akan menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk mendekati dan menarik minat golongan belia sebagai satu daripada proses rejuvenasi parti.