Selepas memberikan fokus untuk meningkatkan taraf ekonomi di kawasan parlimen Labis pada penggal lepas, penyandang kerusi itu Datuk Chua Tee Yong berazam untuk memajukan sektor pendidikan pula sekiranya Barisan Nasional dapat mempertahan kawasan itu pada pilihan raya umum Ahad ini.
Beliau berkata setelah kelestarian ekonomi dicapai, ia akan menarik lebih banyak syarikat datang melabur dan apabila ekonomi berkembang, pembangunan pendidikan pula akan menjadi lebih mudah.
Bagi seorang penduduk, Hamdan Kasdu, 53, kepimpinan yang ditunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini amat baik dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti mewujudkan sekurang-kurangnya kolej komuniti untuk menaikkan taraf pendidikan di kawasan itu.
"IPT perlu juga di kawasan ini agar anak-anak tempatan tidak perlu berhijrah untuk belajar kerana ia akan menelan belanja yang lebih tinggi.
"Kalau dapat dibina di sini, ia akan mengurangkan kos keluarga dan saya percaya kepimpinan BN jika diberi mandat, mampu membawa pembaharuan ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Keluh-kesah rakyat menjadi penyuntik semangat Chua untuk terus berkhidmat dan beliau akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi agar mutu pendidikan di kawasan ini dapat ditingkatkan demi melahirkan generasi muda tempatan yang berilmu jika keputusan pada 5 Mei berpihak kepadanya.
Chua yang juga anak Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek merupakan penyandang kerusi parlimen Labis apabila menang pada pilihan raya ke-12 mengalahkan calon DAP, Teo Eng Ching dengan majoriti 4,094 undi.
Parlimen Labis dibahagi kepada dua kawasan dewan undangan negeri (DUN) iaitu Tenang dan Bekok yang mempunyai 37,787 pengundi berdaftar dengan 46.48 peratus terdiri daripada kaum Cina, 36.53 peratus Melayu, 15.08 peratus India dan 1.93 peratus lain-lain kaum dengan aktiviti perladangan sebagai sumber pendapatan utama.
Bagi Tan Eng Her, 63, banyak penambahbaikan dibuat di bawah pemerintahan BN di kawasan itu antaranya pembinaan klinik kesihatan pada tahun 2011 yang dapat meringankan kos perubatan bagi penduduk.
"Saya rasa senang bila ada klinik itu sebab mudah untuk dapatkan rawatan. Saya pun warga emas dan kerajaan pula bagi peruntukan untuk tolong kami malah ubat juga bagus," katanya.
Menurut Chua, jika terus diberi kepercayaan menerajui kawasan parlimen itu, beliau akan meneruskan pembangunan ekonomi di kawasan itu yang sememangnya terkenal sebagai pusat penanaman kelapa sawit di Johor.
"Banyak yang dirancang untuk mempelbagai ekonomi di Labis memandangkan sektor perladangan merupakan sumber pendapatan utama.
"Kita (BN) lihat aktiviti perladangan itu dapat menjadi pemangkin kepada ekonomi setempat. Disebabkan itu, kita berusaha sebelum ini mencari pelabur yang berminat dan ia membuahkan hasil apabila ada syarikat datang melabur demi meningkatkan ekonomi penduduk dalam aktiviti perladangan," katanya.
Berikutan itu, katanya, pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukan sekurang-kurangnya RM4 juta daripada kerajaan pusat bagi menambah baik jalan-jalan persekutuan yang ada bagi menarik minat lebih banyak pelabur ke kawasan itu.
Chua berkata industri pelancongan juga tidak terkecuali untuk dibangunkan di kawasan itu memandangkan ia dilihat dapat menjana pendapatan secara kecil-kecilan bagi penduduk setempat.
Labis menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang gemar kepada keindahan alam sejak pembukaan kolam air panas semula jadi dan hutan lipur air terjun selain kawasan itu menjadi satu daripada jalan masuk ke Taman Negara, Pahang.
Katanya pelbagai kemudahan di kawasan tarikan pelancong itu akan diperbaiki dan dinaik taraf bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung agar mereka mempunyai memori indah ketika mengunjungi pusat riadah itu.
Bagi Sain Husin, 61, pembangunan yang dilaksanakan secara terus menerus dilihat mampu membantu semua lapisan masyarakat dan berharap kehidupan rakyat berbilang kaum di situ akan terus harmoni pada masa depan.
"Saya amat bersyukur kerana dapat berniaga dengan aman tanpa sebarang masalah dan semua kaum dapat peluang mereka sendiri.
"Saya harap jika BN terus memerintah, keamanan ini dapat dikekalkan tak kira di daerah ini ataupun di peringkat kebangsaan," katanya.
Bernama
Fri May 03 2013
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.