KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa keutamaan kerajaan dalam jangka masa sederhana adalah untuk melaksanakan pembaharuan struktural.
Langkah tersebut, jelas Perdana Menteri, mampu meningkatkan potensi, daya tahan dan prospek ekonomi negara serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik.
"Saya memberi jaminan, keutamaan kerajaan dalam jangka masa sederhana adalah untuk melaksanakan pembaharuan struktural yang akan meningkatkan potensi, daya tahan dan prospek ekonomi negara serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik.
"Secara keseluruhan, langkah dan komitmen kerajaan ini akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif untuk seluruh Keluarga Malaysia," katanya ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) bertemakan “Kesetiaan dan Kestabilan” bersempena dengan ulang tahun gabungan parti itu yang ke-48 hari ini.
Berucap lanjut, Ismail Sabri berkata, ekonomi negara dijangka berada di landasan untuk mencapai unjuran pertumbuhan antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus pada 2022, seiring dengan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia iaitu masing-masing sebanyak 5.75 peratus dan 5.5 peratus.
Walaupun ekonomi negara berada di landasan yang kukuh, Ismail Sabri berkata, kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini yang berpotensi menjadi risiko kepada pertumbuhan ekonomi
"Sebagai contoh, ketegangan geopolitik telah mengakibatkan tekanan ekonomi dalam pelbagai aspek, terutamanya peningkatan dalam inflasi global berikutan harga komoditi yang terus meningkat," ujarnya lagi.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 01 2022
Keutamaan kerajaan dalam jangka masa sederhana adalah untuk melaksanakan pembaharuan struktural yang akan meningkatkan potensi, daya tahan dan prospek ekonomi negara, kata Ismail Sabri Yaakob. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Malaysia akan pertahankan prinsip pemusatan ASEAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan bekerja tanpa jemu untuk mengukuhkan perpaduan ASEAN, memastikan semua suara didengari serta mengutamakan keputusan kolektif.
Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global
Beliau juga berkata bahawa tanggungjawab tersebut disebabkan oleh evolusi ASEAN kepada rantau berjumlah 671 juta orang, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah AS$3.8 trilion, menjadikannya ekonomi kelima terbesar di dunia.
Hubungan baik dua negara dorong kerjasama Darphane, Ultimate Print
Ketua Pengarah Darphane, Abdullah Yasir Sahin berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh hubungan sedia ada.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Jumlah pakar psikiatri hanya 623 orang - Dr Dzulkefly
Pada 16 Dis 2021, KKM dilapor menyasarkan nisbah satu pakar psikiatri bagi setiap 50,000 penduduk di seluruh negara menjelang 2025.
GISB: Jakim bertindak ikut ruang lingkup fungsi dan peranan
Jakim sentiasa jalankan kerjasama, khidmat nasihat dan perundingan dengan pihak berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri.
PM Anwar akan undang Presiden China Xi Jinping hadir Sidang Kemuncak ASEAN
Perdana Menteri akan mengundang Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China tahun depan.
AFC label Arif Aiman 'budak ajaib'
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melabel bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai 'budak ajaib'.
Hari Demo Akhir ECX 2024 labuh tirai, inovator e-dagang teratas diumum
Program ECX 2024 berjaya membina platform untuk pemula dan PKS meraih akses pasaran, pendedahan jenama, dan minat pelabur, untuk bersaing dalam pasaran digital.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Jawatankuasa MIC Perak baharu bakal jana transformasi politik, pembangunan - Ramasamy
Ramasamy turut komited dalam menawan kepercayaan masyarakat terhadap parti itu serta Barisan Nasional.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
[TIDAK RASMI] BN menang di PRK Mahkota
Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh kedudukan selesa mengatasi pencabarnya dari PN.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.