PEKAN: Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja pada Sabtu, 'mengimbau kembali' sejarah naik taraf daerah Pekan yang berlaku lebih tiga dekad lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata pada 3 Nov 1990, Seri Paduka telah berkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Majlis Daerah Pekan (MDP).
"Ketika itu Yang di-Pertuan Agong berangkat sebagai Yang Mulia Tengku Mahkota Pahang dan semasa itu, pemasyhuran itu menandakan kenaikan taraf Pekan daripada hanya sebuah Lembaga Bandaran Pekan (Town Board) kepada sebuah Majlis Daerah," katanya berucap pada majlis pemasyhuran itu di Majlis Perbandaran Pekan di sini.
Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan paduka-paduka anakanda termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut hadir Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan barisan pentadbiran negeri Pahang yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Selain itu, Mohammad Fakhruddin berkata naik taraf Majlis Perbandaran Pekan itu akan memberi impak kepada aspek tadbir urus dan pembangunan daerah berkenaan, yang dijangka terus membangun dalam 'watak' tersendiri sebagai Bandar Diraja yang sarat dengan nilai budaya dan sejarah.
"Naik taraf ini juga akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang bakal dinikmati penduduk setempat seperti infrastruktur jalan raya, telekomunikasi dan pengangkutan, akan lebih dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan semasa dan peningkatan jangkaan penduduk," katanya.
Pada ucapannya, Mohammad Fakhruddin juga berkongsi beberapa pencapaian daerah Pekan, antaranya kejayaan meletakkan bandar Pekan sebagai bandar mampan untuk lima tahun berturut-turut bermula pada 2019.
MDP juga diberi pengiktirafan bagi pencapaian terbaik Matlamat Pembangunan Mampan (SDG11) di bawah kategori Majlis Daerah pada 2021 serta mencapai taraf lima bintang sejak 2016 bagi sistem penarafan bintang pihak berkuasa tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba pada Majlis Permasyhuran Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja di Pekan malam tadi. --fotoBERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pemasyhuran Majlis Perbandaran Pekan imbau sejarah lebih tiga dekad
Pada 3 Nov 1990, Yang di-Pertuan Agong berangkat sebagai Yang Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran MDP.