Ringkasan AI
- Microsoft mengumumkan bahawa kemas kini Windows kini lebih pantas, dengan pemasangan 45.6% lebih cepat dan masa peranti dihidupkan semula 39.7% lebih cepat untuk peranti yang kerap dikemas kini.
- Kemas kini baharu juga mengurangkan penggunaan CPU sebanyak 15.3% untuk peranti yang kerap dikemas kini dan 25% untuk peranti yang tidak dikemas kini selama 18 bulan.
- Ujian dilakukan pada mesin maya dengan 16GB RAM, dan prestasi kemas kini masih bergantung kepada spesifikasi peranti, tetapi Microsoft menjanjikan pengalaman yang lebih baik dan kurang menjengkelkan.
Ini kerana proses pemasangan aplikasi mengambil masa yang lama, prestasi peranti menjadi tidak konsisten untuk seketika waktu dan paling penting membazir masa pengguna.
Ia berbeza dengan sistem kemas kini pada peranti Apple. Terbaharu, Microsoft mengumumkan yang proses kemas kini mereka juga kini lebih pantas.
Dalam ujian pertama yang dilakukan, peranti Windows yang kerap dikemas kini boleh memasang kemas kini baharu dengan 45.6% lebih pantas dan masa peranti dihidupkan semula pula adalah 39.7 peratus lebih pantas.
Kemudian ketika kemas kini penggunaan CPU pula menjadi 15.3 peratus lebih rendah.
Untuk peranti Windows yang tidak dikemas kini selama 18 bulan, kemas kini boleh dipasang dengan 43.6 peratus lebih pantas.
Kemudian, masa peranti dihidupkan semula adalah 33.5 peratus lebih pantas dengan 25% kurang menggunakan tenaga CPU.
Proses kemas kini baharu yang lebih pantas ini dapat dirasai melalui Windows 11 22H2 ke 24H2. Turut perlu diingatkan, ujian Microsoft ini adalah berasaskan mesin maya dengan memori 16GB RAM.
Jadi proses pemasangan masih bergantung kepada spesifikasi peranti tetapi Microsoft tetap berjanji yang ia kini adalah semakin pantas dan tidak lagi menjengkelkan. -Amanz