KUALA LUMPUR: Polis akan menahan pemandu kereta pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan maut, mengorbankan empat sekeluarga di Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung, di sini pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 27 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas cedera ringan akibat kemalangan tersebut.
"Pemandu yang bekerja sebagai mekanik itu akan ditahan selepas menerima rawatan dan ujian saringan air kencing dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya terbabit dengan penyalahgunaan dadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sarifudin berkata, siasatan mendapati kemalangan kira-kira 11.20 pagi itu berlaku apabila kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu dari arah Mahameru menghala Jalan Tun Razak, terbabas di selekoh sebelum melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan.
Menurutnya, kenderaan tersebut telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta jenis pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex yang dinaiki empat sekeluarga.
"Akibat rempuhan itu, pemandu dan tiga penumpang berusia tiga hingga 32 tahun disahkan maut di lokasi oleh penolong pegawai perubatan HKL," katanya.
BACA: Empat sekeluarga maut kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar
Mangsa yang maut dalam kemalangan itu dikenali sebagai P. Milan Damani, 32, isterinya C.Tinisha, 31, dan dua anak mereka Rihaan Ivaan Damani (4) dan Ishaan Ivaan Damani (3).
Sarifudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) untuk bedah siasat.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-20260267/69 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022

Pemandu berusia 27 tahun yang terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa empat sekeluarga itu kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas cedera ringan. - Gambar ihsan bomba KL

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Empat ahli keluarga wanita maut dengan kesan jerutan disambung reman
Tempoh reman tiga lelaki dan seorang wanita itu disambung tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

4 sekeluarga maut nahas pesawat kecil di negeri Utah, AS
Pesawat ringan itu terhempas di kawasan terpencil sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Wilayah Canyonlands di Moab.

Empat sekeluarga maut, dua kanak-kanak parah dalam kemalangan di Kulim
Empat sekeluarga maut manakala dua lagi parah selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler.

Nahas maut 4 sekeluarga: Arwah sempat belanja pelanggan di kedai makan - Adik
Hasrat seorang datuk menyambut ulang tahun kelahirannya di Pulau Langkawi berakhir tragedi apabila terkorban bersama tiga lagi ahli keluarganya dalam kemalangan awal pagi tadi.

4 sekeluarga maut dalam perjalanan ke Langkawi sambut hari jadi 'atuk'
Empat sekeluarga maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Simpang Tiga, Jalan Kolam, Machap Melaka.

Pemandu terbabit kemalangan maut empat sekeluarga akan ditahan selepas terima rawatan - Polis
Lelaki berusia 27 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas cedera ringan akibat kemalangan tersebut.

Empat sekeluarga maut kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar
Kesemua mangsa yang menaiki MPV jenis Hyundai Starex dilaporkan dirempuh pacuan empat roda Toyota Hilux yang hilang kawalan.

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian empat sekeluarga
Tertuduh, Y Vethri Vel, 26, bagaimanapun tidak memahami pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sebaik ditanya jurubahasa dalam bahasa Melayu.

Empat sekeluarga maut dirempuh treler: "Saya dah siapkan lauk-pauk nak sambut mereka..."
Jamilah Yahya, 76, menahan hiba apabila menerima khabar anak dan cucu yang sepatutnya berkunjung ke rumah, tidak sampai ke destinasi.