SEREMBAN:
Seorang pemandu teksi wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan pemerdagangan seorang lelaki bagi maksud eksploitasi untuk meminta sedekah di tempat awam, tahun lalu.
Tertuduh, Nurul Hidayah Md Nor, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Berdasarkan pertuduhan, Nurul Hidayah didakwa memperdagangkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang bukan merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi yang menyalahi undang-undang iaitu Seksyen 27(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Tertuduh didakwa telah menyuruh lelaki itu meminta sedekah di tempat awam sedangkan beliau mampu mempunyai mata pencarian yang lain.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar Seremban dan Senawang antara bulan Mei 2021 hingga 7 November 2021.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling.
Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam M Haresh dalam rayuannya memohon wang jaminan dikurangkan berikutan dia menanggung ayahnya yang sedang sakit selain mempunyai pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan sahaja.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran sehingga kes selesai selain menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 08 2022

Nurul Hidayah ketika hadir di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pemandu teksi wanita didakwa perdagang lelaki minta sedekah
Tertuduh didakwa memperdagangkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang bukan merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi yang menyalahi undang-undang.