JOHOR BAHRU: Khidmat teksi rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia yang disambung semula bermula hari ini selepas dua tahun digantung akibat pandemik COVID-19, adalah rahmat dan hadiah bagi pemandu teksi di kedua-dua buah negara.
Setelah dua tahun hilang punca pendapatan, golongan terbabit dilihat sibuk dan 'hidup' dengan mengambil penumpang di Terminal Bas Larkin Sentral, di sini hari ini.
Arshad Abdul Jalal, 56, menyifatkan ia sebagai rahmat menjelang Syawal memandangkan masalah permohonan permit untuk ke Singapura dialami mereka sebelum ini telah selesai.
"Tepat 12 malam tadi kami sudah mula ambil penumpang di sini dan juga Singapura...selepas dua tahun tidak dapat masuk Singapura, hari ini adalah hari pertama kita dapat beroperasi.
"Alhamdulillah apabila diumumkan kita dapat masuk, rasa bersyukur sebab proses untuk dapat permit ke Singapura ambil masa juga tetapi dengan berkat semua pihak yang membantu akhirnya dapat masuk semula...perasaan gembira itu tidak dapat digambarkan," katanya yang telah lima tahun memandu teksi ke republik itu kepada Bernama ketika ditemui di Terminal Bas Larkin Sentral, di sini.
Perasaan gembira turut diluahkan pemandu teksi warga Singapura, Hanif Mahbob, 69, yang menjelaskan kebenaran teksi rentas sempadan turut disambut baik pemandu teksi di republik itu, sekali gus berpeluang untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan pemandu di sini.
"Alhamdulillah, memang rasa gembira kerana dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan di sini (Johor), selama dua tahun ini saya hanya memandu teksi di Singapura, jadi apabila dapat masuk kembali rasa teruja.
"Menyediakan perkhidmatan teksi rentas sempadan ini tidak sama dengan memandu teksi dalam bandar raya, kerana ia lebih santai dan menenangkan," katanya memandu teksi sejak 38 tahun lepas.
Sementara itu, Pengurus Bangunan Larkin Sentral Mohd Helmi Mohd Affendi berkata perkhidmatan bas dan teksi rentas sempadan Johor Bahru-Singapura beroperasi daripada stesen bas itu secara serentak hari ini.
Beliau berkata sebanyak tiga syarikat bas terlibat iaitu SBS Transit, Singapore Johore Express dan Causewaylink, dengan penghantaran bas pertama bermula pada 5.20 pagi dan terakhir 12.30 tengah malam.
"Bas merentas sempadan lebih kurang 100 trip sehari, dijangka minggu pertama tidak ramai kerana orang bercuti dan mungkin bertambah dalam minggu kedua," katanya.
Mohd Helmi berkata, terdapat kira-kira 60 pemandu teksi Johor Bahru-Singapura dan dianggarkan 30 pemandu teksi dapat memulakan operasi mereka hari ini, memandangkan selebihnya masih dalam proses memperbaharui permit dan menunggu kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan republik itu.
"Bagaimanapun kita jangkakan jumlah teksi rentas sempadan akan bertambah dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati aliran trafik di Tambak Johor sejak awal pagi tadi hingga tengah hari ini sesak dan kenderaan bergerak perlahan dari Singapura menuju masuk ke negara ini melalui Johor Bahru.
Tinjauan dilakukan di Panggung Opera Permaisuri Zarith Sofiah yang terletak berhadapan Tambak Johor menunjukkan kenderaan hampir tidak bergerak kerana peningkatan kenderaan menuju masuk ke negara ini selain beberapa kumpulan individu berjalan menyeberang Tambak Johor dari Singapura untuk ke CIQ di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dipercayai untuk pulang ke kampung halaman dan mengambil peluang mengunjungi pusat beli-belah sempena Aidilfitri tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 01 2022
Khidmat teksi rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia disambung semula bermula hari ini selepas dua tahun digantung akibat pandemik COVID-19. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemandu teksi JB-Singapura mula rancak bawa penumpang
Khidmat teksi rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia disambung semula bermula hari ini selepas dua tahun digantung akibat pandemik COVID-19.