Seorang pemandu teksi yang ditahan berhubung kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan
memiliki sepucuk pistol dan empat butir peluru hidup.
Bagaimanapun Chew Siang Chee, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.
Bagi pertuduhan pertama, Chew didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Walther model PPK/S Cal.9mm Kurz/380ACP bersama satu magazine Walther yang menyalahi undang-undang di Peti Surat B-15-2, Kondominium Desa Cindaimas, Jalan Sekutu Off Jalan Kuchai Lama, Brickfields, pada 5.45 petang 3 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan tidak kurang daripada enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Chew, yang diwakili peguam Vincent Tey juga didakwa memiliki empat butir peluru hidup jenis 9mm (short) (S&B 9mm) tanpa lesen pada masa dan di tempat yang sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 (Akta 206) itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000, atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan memiliki senjata api tidak boleh dijamin dan memohon tarikh sebutan bagi penyerahan dokumen.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.
Selesai prosiding, tertuduh yang kelihatan sebak dilihat memeluk isteri dan anak lelakinya sebelum dihantar ke Penjara Sungai Buloh.
Media sebelum ini melaporkan pemandu teksi itu dipercayai membawa suspek berhubung kes pembunuhan Hussain yang ditembak mati pada 29 Julai lepas.
Dalam kejadian itu, Hussain, 75, mati manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah apabila mereka ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini.
Bernama
Fri Aug 16 2013
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Kes bunuh pengasas AmBank: Nasib penarik kereta diketahui hari ini
Nasib seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan, yang didakwa membunuh Hussain Ahmad Najadi dan cuba membunuh isteri pengasas Kumpulan Perbankan AmBank itu tahun lepas, akan diketahui Jumaat.
Kes bunuh pengasas AmBank: 'Gao dim' kata penarik kereta
'Sudah selesai' atau 'gao dim' dalam bahasa Kantonis, adalah ungkapan penarik kereta Koong Swee Kwan sebaik menaiki teksi yang menunggunya.
Kes Bunuh Hussain Najadi: 14 tahun penjara, 6 sebatan untuk pemandu teksi
Pemandu teksi yang didakwa membawa suspek yang membunuh Hussain Ahmad Najadi, dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan.
Pemandu teksi dalam kes bunuh pengasas Ambank didakwa
Seorang pemandu teksi yang ditahan berhubung kes pembunuhan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini.