'Sudah selesai' atau 'gao dim' dalam bahasa Kantonis, adalah ungkapan penarik kereta Koong Swee Kwan sebaik menaiki teksi yang menunggunya di luar kawasan tokong, tempat pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dibunuh, tahun lepas.
Pemandu teksi itu Chew Siang Chee, 45, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tidak memahami mengapa lelaki itu, yang juga dikenalinya sebagai 'Ah Kwan' berkata demikian sebelum mengarahkannya memandu teksi dengan lebih laju.
"Lepas cakap 'gao dim', dia (Koong) tidak cakap apa-apa lagi cuma suruh saya pandu lebih laju," katanya, yang sudah lama mengenali Koong.
Chew berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes Koong, 45, yang didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Kuan Yin di No.4 Lorong Ceylon, di sini antara 1.30 tengah hari hingga 2 petang pada 29 Julai, 2013.
Koong juga didakwa cuba membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 49, di tempat dan pada waktu sama.
Chew, yang merupakan saksi ke-17, memberitahu mahkamah bahawa sebelum itu, beliau ada mendengar bunyi letupan seperti mercun sebanyak dua kali ketika sedang mencuci teksinya di luar kawasan tokong sebelum melihat orang ramai melarikan diri.
Katanya, selepas mendengar bunyi mercun itu, beliau mahu bergerak meninggalkan kawasan tokong berkenaan, namun terdengar bunyi ketukan di bonet dan ternampak Koong sebelum memberhentikan teksinya.
"Ah Kwan (Koong) kemudian meluru masuk ke dalam kereta melalui tempat duduk penumpang depan sambil menyorokkan tangannya. Dia bernafas laju, macam berlari," katanya, yang kemudian menurunkan Koong di kawasan berbukit di Jalan Changkat Bukit Bintang, di sini.
Chew berkata pada sebelah petang hari kejadian, ketika sedang menunggu penumpang di Bukit Jalil, beliau menjumpai satu magazin peluru di tepi tempat duduk penumpang depan sebelum menghubungi Koong.
Katanya, Koong kemudian datang menemuinya untuk mengambil magazin peluru itu dan menyuruhnya membuat laporan polis berhubung penemuan magazin itu.
Bagaimanapun, Chew berkata beliau tidak membuat laporan polis kerana mahu mencari pemilik magazin itu.
Terdahulu, Chew berkata beliau datang ke tokong itu selepas menerima panggilan telefon daripada Koong yang memintanya untuk menunggu di situ (tempat kejadian).
Chew, kini sedang menjalani hukuman penjara 14 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah memiliki pistol dan peluru hidup.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah, ASP Ananthan Rajoo memberitahu mahkamah bahawa seramai enam daripada 11 saksi awam yang dipanggil untuk membuat pengecaman, telah mengecam Koong sebagai individu yang melepaskan tembakan di tokong berkenaan.
Ananthan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, berkata pengecaman itu dilakukan semasa kawad cam dibuat di IPD Dang Wangi pada 26 Sept 2013.
"Semasa kawad cam itu, isteri Koong, Yap Pook Ling turut hadir sebagai pemerhati," katanya, yang memaklumkan Koong diserahkan kepadanya, pada 23 Sept 2013.
Ketika pemeriksaan balas Wan Shaharuddin, Ananthan yang merupakan saksi ke-16, berkata individu yang dilihat mundar-mandir di kawasan tokong dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) adalah sama dengan orang yang kena tangkap (tertuduh).
"Dari apa yang saya lihat di tempat kejadian dan rakaman percakapan saksi, saya telah mengenal pasti orang yang berkeliaran di dalam kawasan tokong iaitu rupa yang dirakam CCTV adalah sama dengan orang yang kena tangkap.
"Semasa mangsa (Hussain) dan isterinya keluar dari tokong, dengan jelas orang ini (Koong) mengekori," katanya ketika ditanya mengapa Ananthan tidak bersetuju dengan cadangan peguam Zamri Idrus, yang mewakili Koong, mengenai imej individu lain, yang dilihat dalam rakaman CCTV, turut terlibat dalam kejadian itu.
Selepas mendengar keterangan 17 saksi di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin, pihak pendakwa menutup kesnya hari ini.
Mahkamah menetapkan 17 Jun untuk hujahan dan keputusan.
Bernama
Fri Jun 13 2014

Hussain Ahmad Najadi - Gambar Fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Najib tidak persoal Ambank tentang jumlah besar wang 'keluar masuk' dalam akaun peribadinya
Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.

AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.

Moratorium berakhir: AmBank tawar bantuan pembayaran balik pada hujung minggu
Ambank menawarkan bantuan pembayaran balik pada hujung minggu melalui Ambank Assist.

AmBank akan agih RM20 bilion pinjaman PKS dalam tempoh 3 tahun
Kumpulan AmBank menyedari keperluan untuk bergerak lebih jauh lagi dalam membantu syarikat dengan pembiayaan.

Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua
Damansara MP Tony Pua explained the three major considerations on what went into the development and execution of Budget 2019.

Kumpulan AmBank akan siasat CAGM
Kumpulan AmBank akan menyiasat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Citizens for Accountable Governance (CAGM) di atas penipuan yang dilakukan organisasi itu.

Najib dinasihat berehat sementara siasatan dakwaan WSJ dijalankan
Najib Tun Razak dinasihatkan berehat daripada menguruskan sebarang tugas pentadbiran negara ketika siasatan ke atas dakwaan Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran AS$700 juta ke akaunnya.

Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Penasihat DAP menggesa polis membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon Julai 2013 lalu.

'Kenapa Najib tak nafi akaun AmBank itu bukan miliknya?' - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar mempersoal mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan nombor akaun AmBank yang dilaporkan WSJ.

'BAFIA halang AmBank, BNM dedah pemilik akaun kontroversi' - Khalid Ibrahim
Pihak AmBank atau BNM disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Wall Street Journal yang didakwa atas nama Najib wujud atau sebaliknya.