KLANG: Seorang pemandu maut dalam kemalangan melibatkan dua buah lori tiga tan berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala Pelabuhan Klang di sini pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.14 pagi.
"Kejadian dipercayai berlaku setelah lori dipandu lelaki tempatan berusia 24 yang datang dari belakang telah melanggar lori dipandu mangsa.
"Pelanggaran tersebut menyebabkan lori dipandu mangsa bergesel dengan sebuah lori kontena yang di parkir di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbalik.
"Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun tersepit di bahagian hadapan mengalami parah di bahagian kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Norazam berkata, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 31 2022

Seorang pemandu maut dalam kemalangan melibatkan dua buah lori tiga tan berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala Pelabuhan Klang di sini pada Selasa. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan
Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.

Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.
DBKL banteras penjaja air balang 'Rambo' tanpa lesen, abai kebersihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen di sekitar Jalan Raja. DBKL mendapati penjaja sering bertukar lokasi perniagaan bagi mengelak dikesan oleh penguat kuasa.
Grid bekalan elektrik Cuba lumpuh, seluruh negara bergelap
Rangkaian elektrik nasional Cuba mengalami kerosakan besar pada lewat Jumaat, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di ibu negara Havana serta di seluruh negara pulau itu.

Anna Jobling tak sabar bintangi filem baharu, hadiah istimewa selepas GMWA 2024
Anna Jobling berkata dia langsung tidak menyangka akan menerima tawaran berlakon filem selepas meraih kemenangan besar di anugerah berprestij itu.

Pemandu maut lori terbalik dirempuh dari belakang
Kejadian dipercayai berlaku setelah lori dipandu lelaki tempatan berusia 24 yang datang dari belakang telah melanggar lori dipandu mangsa.