KUALA KRAI: Seorang pemandu lori maut, manakala 22 penumpang bas terselamat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu-Gua Musang malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohamad berkata dalam kejadian pada 10.40 malam itu, pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian serta dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.
"Siasatan awal mendapati bas yang membawa 22 penumpang dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Seremban, Negeri Sembilan, manakala lori itu pula dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu.
"Apabila tiba di lokasi, lori terbabit telah bertembung dengan bas dan kemalangan itu mengakibatkan bas itu bergerak ke sebelah kiri jalan lalu melanggar penghadang keselamatan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Suzaimi berkata kelindan lori dan pemandu bas mengalami kecederaan ringan, manakala 22 penumpang bas pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa oleh pihak syarikat bas berkenaan ke lokasi dituju dengan selamat.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023

Seramai 22 penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa oleh pihak syarikat bas berkenaan ke lokasi dituju dengan selamat. - Gambar/ Sinar Harian
Perkembangan sempena Kongres Kebangsaan DAP Ke-18
Ketahui siapa terpilih dan siapa tersingkir dalam Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir.

Kedah sasar hasilkan varieti benih padi sendiri - Exco
Inisiatif itu turut diharapkan dapat memastikan pesawah tidak lagi dibelenggu isu kartel serta mutu bekalan benih yang tidak berkualiti.

Angka kematian akibat letupan di Latakia, Syria meningkat kepada 10
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 14 lagi cedera pada Sabtu susulan letupan di sebuah bangunan empat tingkat di barat laut Syria.

'Menang kalah adat bertanding' - Guan Eng terbuka jika tidak lagi dipilih perwakilan DAP
Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng mengambil pendirian terbuka jika beliau tidak lagi dipilih menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu yang akan ditentukan hari ini.

Sibuk siapkan album, Shila Amzah akui tak sempat keluarkan lagu raya tahun ini
Shila tidak menolak kemungkinan untuk menghasilkan lagu raya pada tahun hadapan sekiranya keadaan mengizinkan.
JAKIM tegaskan karya seni perlu selari prinsip akidah
JAKIM menasihati penerbit 'Bidaah' berhubung karya seni yang perlu selari dengan akidah, syariah dan akhlak Islam agar tidak timbulkan fitnah

DAP rakan setia Anwar Ibrahim, hanya ‘yes man’ kepada rakyat - Guan Eng
DAP hanya tunduk kepada pengundi dan rakyat Malaysia, bukan kepada individu atau pihak tertentu.

Guterres puji peranan Bangladesh dalam misi pengaman PBB, sokongan kepada Rohingya
Antonio Guterres memuji peranan Bangladesh dalam misi pengaman antarabangsa serta kemurahan hatinya dalam menerima pelarian Rohingya.

Pahang sediakan baucar bantu golongan memerlukan
Baucar berkenaan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

PRK Ayer Kuning: PN umum calon selepas 20 Mac
Muhammad Sanusi Md Nor berkata PN telah mempunyai senarai nama calon yang akan dimuktamadkan pada mesyuarat berkenaan.

Sukarelawan APM Kuala Muda maut kemalangan kereta dan lori
Muhammad Faiz Rozaini, 31 tahun, beralamat di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pesara tentera maut, anak parah dirempuh kereta di Padang Besar
Seorang pesara tentera maut, manakala anak lelakinya cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka, dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Jalan Dato Kayaman, Beseri dekat Padang Besar.

Bapa tak sangka lihat kemalangan anak sendiri
Kemalangan berlaku apabila kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu merempuh tiang elektrik, pokok kelapa dan hentian bas.

Dua sahabat maut kemalangan selepas solat tarawih
Dua remaja lelaki yang maut dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di sini pada Khamis, dalam perjalanan pulang dari solat tarawih.

Suami isteri maut, anak cedera, nahas dua kereta di Kuala Kurau
Dua yang meninggal dunia ialah pemandu berusia 59 tahun dan isterinya berumur 66 tahun manakala anak mereka yang cedera berusia 13 tahun.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang.

Wanita maut terjatuh dari jejambat di Lebuhraya DASH
Seorang wanita maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Selasa.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Alor Gajah di sini, tengah malam tadi.