TASEK GELUGOR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menahan seorang lelaki disyaki menyeleweng diesel di sebuah stesen minyak kawasan Tasek Gelugor di sini, pada Selasa.
Pengarahnya, RS Jegan berkata, tangkapan dibuat menerusi OPS Tiris 3.0 susulan pihaknya berjaya mengesan aktiviti pemandu lori terbabit selepas dia kelihatan mencurigakan ketika melakukan pengisian minyak diesel.
Menurutnya, pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
"Hasil pemeriksaan dibuat menemui enam unit tangki berkapasiti 1,000 liter yang mengandungi sejumlah anggaran 1,800 liter minyak diesel dan dua set motor pump berserta hos paip.
"Lori dan peralatan yang ditemui disita dan nilai rampasan minyak diesel dianggarkan RM3,870 manakala nilai anggaran barang rampasan keseluruhan berjumlah RM23,870," katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.
Jegan berkata, kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pihaknya sedang mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak diesel termasuklah sumber minyak diesel diperolehi dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua untuk sesuatu pertubuhan perbadanan.
Bagi orang perseorangan pula, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, Jegan berkata, pihaknya juga sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar Pulau Pinang bagi mengekang ketirisan aktivti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 15 2024

Lori yang ditahan kerana membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN. - Foto Sinar Harian
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Maksimum 20 liter diesel untuk kenderaan asing 30 km dari sempadan Indonesia, Brunei
Kenderaan asing hanya dibenarkan isi minyak diesel tidak lebih 20 liter di stesen minyak Sabah dan Sarawak yang beroperasi dalam radius 30 kilometer dari sempadan Brunei atau Indonesia.

Pengapungan harga diesel mekanisme basmi ketirisan subsidi - Amir Hamzah
Kerajaan akan melaksanakan pengapungan harga minyak diesel susulan penyasaran subsidi diesel sebagai salah satu mekanisme untuk membasmi aktiviti ketirisan melibatkan subsidi bahan api berkenaan yang

Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.

Subsidi harus diterima 85 peratus rakyat - PM Anwar
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa keputusan untuk melaksanakan penyasaran subsidi melibatkan bahan api dan barangan keperluan asas adalah untuk memastikan sekitar 85% diperoleh rakyat.

KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.

Op Tiris: KPDN sita 6,000 liter minyak diesel bersubsidi
Sebanyak 6,000 liter cecair yang disyaki minyak diesel yang ditemui di dalam tangki IBC dan skidtank telah disita.

Op Tiris: 69 kes seleweng diesel tumpas, babitkan lebih RM2.5 juta
KPDN Negeri Sembilan menumpaskan 69 kes penyelewengan membabitkan 866,982 liter minyak diesel bersubsidi di seluruh negeri sejak awal tahun ini.

KPDN Kedah sita mesin pembungkus beras dan 9,000 liter diesel
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas sebuah mesin pembungkus beras dalam Op Beras Putih Tempatan di sebuah kilang beras di Mergong di sini hari ini.

KPDN sita lebih 36,000 liter minyak diesel di Teluk Intan
KPDN menyita sebanyak 36,300 liter minyak disyaki diesel dan sebuah lori, menjadikan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM78,045 di sebuah premis di kawasan Perindustrian Anson.

APMM Selangor tahan bot kargo bawa minyak tanpa kebenaran
Bot itu ditahan oleh bot PERKASA 35 semasa rondaan rutin dan penguatkuasaan di perairan Selangor sekitar jam 10.30 pagi tadi.