PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan pengapungan harga minyak diesel susulan penyasaran subsidi diesel sebagai salah satu mekanisme untuk membasmi aktiviti ketirisan melibatkan subsidi bahan api berkenaan yang disifatkan semakin berleluasa kebelakangan ini.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata subsidi diesel sebanyak RM1.4 billion yang direkodkan pada 2019, meningkat sepuluh kali ganda kepada RM 14.3 billion pada tahun lepas, disumbang oleh beberapa faktor.
Beliau berkata antara faktornya ialah peningkatan jumlah diesel bersubsidi yang digunakan daripada 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 10.8 billion liter tahun lepas, iaitu kenaikan lebih kurang 70 peratus.
"Kalau saya tengok daripada segi perkembangan ekonomi, dari segi kenaikan (jumlah) kenderaan diesel dalam negara, saya tidak boleh cari jumlah yang mengisi (kepada kenaikan 70 peratus itu).
"Jadi kita memahami ada sebab lain kenapa volume (kuantiti) diesel naik mendadak sebanyak 70 peratus dan kita rasa, sebab kenaikan besar ialah kerana terdapat banyak ketirisan yang berlaku dalam negara," kata Amir Hamzah ketika sesi penerangan bersama editor kanan media di Kementerian Kewangan, baru-baru ini.
Selain itu, beliau berkata, perbezaan antara harga runcit diesel pada RM2.15 seliter dan harga pasaran (lebih kurang RM3.50 seliter), juga dilihat sebagai peluang kepada sesetengah pihak untuk meraih keuntungan lebih besar.
Tambahan pula, katanya, terdapat perbezaan yang besar antara harga pasaran bahan api berbanding dengan negara jiran seperti di Thailand (RM4.12 seliter), Indonesia (RM4.73) dan Singapura (RM8.87), sehingga membuka peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk memindahkan bahan api berkenaan dari Malaysia ke negara lain.
"Jadi untuk kita mengurangkan ketirisan, cara yang paling logik sekali ialah kita apungkan harga. Bila kita (kerajaan) apungkan harga (diesel), perbezaan antara runcit dengan komersial, tiada," katanya.
Beliau berkata bila jurang harga runcit dan komersial dapat dikurangkan, ia sekali gus menutup ruang bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan meraih keuntungan menerusi penjualan diesel bersubsidi.
Ketika ditanya bila mekanisme serta penyasaran subsidi diesel akan dilaksanakan, Amir Hamzah memberikan bayangan pelaksanaan itu akan dibuat 'tahun ini' tanpa mengulas lanjut.
Menurutnya, kerajaan menggunakan pendekatan "whole of government" (pendekatan seluruh kerajaan) iaitu kerjasama erat antara semua kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat bagi menjayakan penyasaran subsidi diesel itu.
Ini termasuk mempertingkat penguatkuasaan bagi mengatasi masalah ketirisan serta sebarang kegiatan pencatutan harga oleh peniaga untuk mengaut keuntungan melampau, katanya.
Bagaimanapun, katanya, selain penguatkuasaan, pelbagai langkah lain perlu dilaksanakan untuk mengurangkan kadar ketirisan yang merugikan negara.
"Ketirisan di sempadan misalnya, kerajaan perlu fikirkan idea yang lebih kreatif selain tindakan penguatkuasaan.
"Contohnya apa yang Singapura buat kepada kita, jika hendak masuk ke Malaysia perlu periksa tangki minyak kenderaan (dengan nombor plat Singapura) sekurang-kurangnya ada tiga perempat.
"Mungkin kita boleh lakukan perkara sama tetapi reverse check (semakan berbalik) dan banyak lagi yang perlu dilakukan," katanya.
Sungguhpun begitu, Amir Hamzah menekankan bahawa penyasaran subsidi yang sebelum ini secara pukal hanya akan dinikmati oleh pemilik kenderaan diesel yang layak.
Pada 21 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perutusan Negara, dipetik sebagai berkata Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi diesel, sekali gus memberi penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.
Bagaimanapun penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.
Di samping itu, kerajaan juga bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi diesel kepada sektor perniagaan tertentu yang menggunakan kenderaan komersial diesel, sekali gus mengawal risiko kenaikan mendadak harga barangan dan perkhidmatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Subsidi diesel sebanyak RM1.4 billion yang direkodkan pada 2019, meningkat sepuluh kali ganda kepada RM 14.3 billion pada tahun lepas. - Gambar hiasan

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Pengapungan harga diesel mekanisme basmi ketirisan subsidi - Amir Hamzah
Kerajaan akan melaksanakan pengapungan harga minyak diesel susulan penyasaran subsidi diesel sebagai salah satu mekanisme untuk membasmi aktiviti ketirisan melibatkan subsidi bahan api berkenaan yang

Harga ayam di Perak masih rendah - Pengarah KPDN
Harga ayam masih di bawah harga kawalan yang terakhir sebelum pengapungan iaitu RM9.40 sekilogram.

RM11 per kilogram harga ayam tertinggi, terendah RM6.49
Harga RM11 per kg itu dikesan dijual di Pasar Basah Rompin, Pahang dan Pasar Basah Manir, Terengganu.

Pengapungan harga ayam, pengguna perlu bijak buat perbandingan harga - FOMCA
Pengguna disaran bijak memilih lokasi bagi membeli bahan mentah itu pada harga yang sesuai dengan kemampuan masing-masing.