KUANTAN: Seorang pemandu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang cedera akibat diserang seorang lelaki dipercayai Orang Asli yang bersenjatakan parang di Bukit Penchorong, Bera semalam.
Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin berkata lelaki berusia 55 tahun dan bertugas di Pejabat Hutan Daerah Bera itu mendakwa diserang semasa membawa kakitangan jabatan melakukan lawatan berkala di Hutan Simpan Bukit Penchorong.
Beliau berkata mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 12.15 tengah hari semasa kenderaan dinaikinya berhenti di laluan masuk ke kampung Orang Asli di situ untuk memeriksa sebuah lori yang membawa peralatan membina rumah.
"Suspek dikatakan muncul secara tiba-tiba dari arah belakang kenderaan jabatan semasa mangsa sedang bercakap dengan pemandu dan kelindan lori tersebut dari dalam kenderaan jabatan dengan keadaan tingkap dibuka separuh.
"Suspek didakwa meletakkan parang sepanjang 40 inci (1.01 meter) di leher mangsa dan akibat terkejut, mangsa telah menepis parang itu menyebabkan pergelangan tangan kanannya cedera," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mansor berkata mangsa segera menutup tingkap dan mengunci pintu kenderaan kerana bimbang terhadap suspek yang dilihat cuba membuka pintu belakang pemandu.
Semasa kejadian, suspek dikatakan menjerit mengatakan barangan membina rumah dalam lori itu adalah miliknya yang hendak digunakan untuk membina rumah ibadat.
Mansor berkata mangsa telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar 32 Bera sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar 32 pada hari sama.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022
Seorang pemandu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang cedera akibat diserang seorang lelaki dipercayai Orang Asli yang bersenjatakan parang di Bukit Penchorong, Bera semalam. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
F1 uji peranti penyejuk untuk pemandu
Gabungan cuaca panas, pemakaian topi keledar serta pakaian kalis api pada hari perlumbaan boleh menyebabkan pemandu kereta F1 tidak selesa.
Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis
Pemandu lori terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai didapati tidak memiliki lesen memandu.
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Tular tumbuk pemandu, seorang lelaki ditahan
Suspek didakwa bertindak sedemikian akibat marah terhadap mangsa mengenai penggunaan isyarat lampu kenderaan.
Pemandu dan kelindan dipercayai 'lalok' terlibat kemalangan
Pemandu dan kelindan yang berusia 32 dan 39 tahun itu cuma mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan bahu kanan.
Pemandu bas ekspres maut nahas tiga kenderaan
Mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang rentung nahas di Lebuhraya Guthrie
Mangsa yang identitinya masih belum dapat dikenal pasti itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu rentung kereta terbakar
Seorang individu maut dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Shapadu, Kg Sungai Pinang, Klang, Selangor.
Van kilang terbabas, 10 termasuk pemandu cedera
Pemandu van kilang tersepit, manakala sembilan lagi penumpang terdiri daripada pekerja wanita dan lelaki cedera.
Pemandu, penunggang p-hailing akan diwajibkan mencarum di bawah Perkeso
Semua pemandu dan penunggang p-hailing selepas ini akan diwajibkan mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).