Meredah laut yang bergelora bukan perkara mudah, tetapi itu adalah perkara yang menjadi rutin harian penduduk pulau terutama pemandu bot pelancong di Kampung Pulau Perhentian, pulau yang menjadi tumpuan pelancong di pantai timur Semenanjung.
Mereka, bagaimanapun hanya bekerja dari bulan Februari hingga Oktober dan terpaksa 'menggantung' enjin apabila tiba musim tengkujuh atau monsun timur laut yang membawa angin kencang dan ombak tinggi.
Tempoh tiga bulan 'tidak mempunyai pekerjaan dan punca pendapatan' itu, digunakan untuk membaiki dan menyelenggara bot mereka sebelum mula beraksi 'meredah laut' mencari rezeki.
Sepanjang tiga bulan ini juga, mereka bergantung hidup sepenuhnya dengan hasil simpanan pendapatan yang diperoleh hasil kerja mereka 10 bulan. Itu lah duit yang diguna untuk belanja harian dan menyara keluarga.
Bagaimanapun, semua itu bukan masalah bagi mereka kerana telah bersedia dari segi simpanan dan sebagainya untuk diguna ketika musim monsun timur laut.
"Boleh dikatakan musim tengkujuh ini kami ambil masa untuk berehat, bercuti...bulan dua (Februari) kami akan mula balik bawa bot mengikut keadaan cuaca sehingga bulan 10 (Okt)," kata Mohd Deraman, 63, ketika ditemui wartawan Bernama yang membuat liputan musim tengkujuh di pulau itu.
Beliau yang membawa bot pelancong sejak hampir 20 tahun, berkata bot miliknya kini dihantar ke Kuala Besut untuk diselenggara dan dibuat penambaikan di bahagian badan.
"Kalau musim biasa, kami (pemandu bot pelancong) tiada masa untuk servis bot. Hari-hari kami akan bekerja, kecuali ada perkara mustahak (penting) baru cuti, sebab itu sekarang masa terbaik kalau kami nak buat penyelenggaraan bot," katanya yang kini banyak memenuhi masa dengan kerja-kerja kemasyarakatan seperti membersihkan kubur dan membaiki peralatan di jeti.
Pulau Perhentian, yang terletak 21 kilometer dari pantai Kuala Besut, merupakan destinasi popular bagi pelancong dalam dan luar negara pada awal bulan Mac atau April hingga penghujung Oktober.
Bagaimanapun kebanyakan pusat peranginan di pulau yang terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Perhentian Besar menghentikan operasi mulai Oktober hingga Februari berikutan musim monsun timur laut.
Bagi Che Aziz Che Husin, 40, musim tengkujuh adalah masa untuk berehat daripada membawa bot dan menguruskan kedai makan miliknya di pulau itu.
"Musim tengkujuh rehat sahaja dan memang tidak buat apa-apa langsung...cuma kadang-kadang nak hilangkan rasa bosan saya ikut orang pergi memukat ikan, itu pun kalau ada.
"Pendapatan yang diraih itu, dapatlah menampung kehidupan kami semasa musim tengkujuh. Itupun kami buka sahaja kedai makanan ni sebab orang lain jarang nak buka," katanya yang mengusahakan kedai makan bersama isteri Tengku Hasmizan Ku Yahya, 38.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 19 2019
Tempoh tiga bulan 'tidak mempunyai pekerjaan dan punca pendapatan' itu, digunakan untuk membaiki dan menyelenggara bot mereka sebelum mula beraksi 'meredah laut' mencari rezeki. -foto BERNAMA
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Majlis peguam gesa Terengganu, kerajaan pusat pertimbang semula amalan
Majlis Peguam Malaysia hari ini menggesa kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan semula amalan sebat di khalayak ramai dengan menyemak dan meminda undang-undang yang membenarkan hukuman itu bagi memastikan ia berkadar, rehabilitatif dan menghormati maruah manusia.
Ibu terkilan hajat bertemu tidak kesampaian
Ibu kepada salah seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang maut dalam nahas jalan raya di Melaka awal pagi Khamis, terkilan tidak dapat bertemu anak sulungnya pada cuti persekolahan akan datang.
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
Tumpuan Jumaat – 27 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, peguam Hannah Yeoh fail rayuan
Hannah menghormati proses kehakiman berkenaan namun mengarahkan peguamnya untuk memohon agar rayuan terbabit didengar dengan kadar segera.
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Pemandu bot pelancong 'gantung enjin' ketika musim tengkujuh
Tempoh tiga bulan 'tidak mempunyai pekerjaan dan punca pendapatan' itu, digunakan untuk membaiki dan menyelenggara bot.