TANGKAK: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala lapan penumpang lagi cedera dalam nahas di Kilometer (KM) 154, Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, pada awal pagi Sabtu.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Syukor, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan melalui talian MERS999 pada jam 1.09 pagi Sabtu.
Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan berkenaan, dua jentera FRT dari BBP Bukit Gambir dan dibantu BBP Tangkak dengan 16 anggota bomba telah dihantar ke lokasi.
“Setibanya ke lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah bas ekspres yang membawa 22 penumpang dengan sebuah kereta jenis Mazda.
“Pemandu bas iaitu seorang lelaki dewasa telah tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lapan penumpang mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital berhampiran dengan menggunakan jentera EMRS dari BBP Bukit Gambir dan BBP Tangkak.
“Sementara itu, pemandu kereta jenis Mazda, iaitu seorang lelaki dewasa dalam keadaan selamat,” katanya.
Katanya, bomba kemudiannya menyerahkan mangsa yang meninggal dunia kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sekitar jam 2.21 pagi. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 22 2023

Keadaan bas ekpres yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - Foto BBP Pagoh

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pemandu maut nahas bas ekspres rempuh treler
Pemandu bas ekspres yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan, bagaimanapun pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Pemandu bas ekspres maut, 8 penumpang cedera kemalangan
Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah bas ekspres yang membawa 22 penumpang dengan sebuah kereta jenis Mazda.