SERDANG: Pemain industri pertanian perlu bersedia dan mengambil langkah-langkah menghentikan pengilangan, pengedaran, penjualan dan penggunaan racun makhluk perosak jenis carbofuran dan chlorpyrifos, susulan pengharamannya untuk sektor itu yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei tahun depan.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata pengharaman kedua-dua racun itu selari dengan hasrat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan hasil pertanian negara selamat dan berkualiti.
"Saya percaya Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) telah menilai semula setiap racun makhluk perosak yang didaftarkan di negara ini selaras dengan Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
"Sekiranya sesuatu racun makhluk perosak itu didapati boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar, ia akan disyorkan untuk diharamkan atau dihadkan penggunaannya," katanya pada majlis perasmian kempen pengharaman carbofuran dan chlorpyrifos (sektor pertanian) peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFI Azah Hanim Ahmad.
Ronald berkata pengharaman carbofuran disebabkan berlaku penyalahgunaan pada tanaman makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak disyorkan sekali gus menyebabkan berlaku pelanggaran paras residu maksimum (MRL) yang tinggi.
Beliau berkata LRMP juga bersetuju supaya chlorpyrifos diharamkan penggunaannya dalam pertanian dan dihadkan penggunaannya bagi kesihatan awam dan seisi rumah sahaja.
"Keputusan ini diambil kerana chlorpyrifos berpotensi menyebabkan kesan mudarat kepada manusia dan alam sekitar. Ia juga termasuk dalam tujuh racun makhluk perosak tertinggi melanggar MRL.
"Banyak negara telah mengambil tindakan regulatori mengharamkan dan menghadkan penggunaan chlorpyrifos.
"Terdapat banyak racun perosak alternatif yang kurang risiko mudarat kepada manusia dan alam sekitar bagi menggantikan chlorpyrifos seperti abamectin, fipronil, lufenuron dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata MAFI melalui Jabatan Pertanian turut mengalakkan golongan petani mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) di ladang melalui pensijilan myGAP dan myOrganic supaya hasil pertanian yang berkualiti dan selamat dapat dihasilkan bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan eksport.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
![Pemain industri pertanian diminta henti penggunaan racun carbofuran, chlorpyrifos Pemain industri pertanian diminta henti penggunaan racun carbofuran, chlorpyrifos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660429576_AzahHanimAhmad.jpg)
Azah Hanim (dua, kiri) ketika acara pelancaran Kempen Pengharaman Racun Perosak Carbofuran dan Chlorpyrifos Untuk Sektor Pertanian pada acara MAHA 2022 di MAEPS, Sabtu. -Bernama
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
![Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari
Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis daripada Parti Bersatu berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong PM.
![Speaker tak buat keputusan, kedudukan kami masih di blok pembangkang - MP Labuan Speaker tak buat keputusan, kedudukan kami masih di blok pembangkang - MP Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719217925_MPBersatuParlimen.jpg)
Speaker tak buat keputusan, kedudukan kami masih di blok pembangkang - MP Labuan
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengesahkan kedudukannya dan lima lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional masih di blok pembangkang.
![Bersatu serah notis kekosongan enam kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat Bersatu serah notis kekosongan enam kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665913004_RonaldKiandee.jpg)
Bersatu serah notis kekosongan enam kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat
Notis pemakluman kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu telah diserah dan diterima pejabat Speaker Dewan Rakyat.
![Hasrat Pas tanding kerusi Bersatu akan dibawa ke mesyuarat PN Hasrat Pas tanding kerusi Bersatu akan dibawa ke mesyuarat PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665913004_RonaldKiandee.jpg)
Hasrat Pas tanding kerusi Bersatu akan dibawa ke mesyuarat PN
Ronald Kiandee berkata, mesyuarat kepimpinan tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat.
![Beras Putih Madani: Kenyataan MP Bukit Gantang janggal, tidak patuhi perundangan - Ronald Beras Putih Madani: Kenyataan MP Bukit Gantang janggal, tidak patuhi perundangan - Ronald](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662620953_RonaldKiandee.jpg)
Beras Putih Madani: Kenyataan MP Bukit Gantang janggal, tidak patuhi perundangan - Ronald
Ronald berkata, task force tidak membuat keputusan namun hanya memberi cadangan kepada Jawatankuasa Pemandu, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
![Tindakan papar nama ahli Parlimen 'ponteng' memalukan - Ronald Tindakan papar nama ahli Parlimen 'ponteng' memalukan - Ronald](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699262924_AhliParlimenBelura.jpg)
Tindakan papar nama ahli Parlimen 'ponteng' memalukan - Ronald
Ronald Kiandee menyelar tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, yang mencadangkan untuk memaparkan nama ahli Parlimen yang ponteng sidang Parlimen di laman web Dewan Rakyat.
![Kekecohan di KLIA: 'Ganggu penjawat awam, ambil tindakan terhadap Menteri MOTAC' - Ronald Kekecohan di KLIA: 'Ganggu penjawat awam, ambil tindakan terhadap Menteri MOTAC' - Ronald](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662620953_RonaldKiandee.jpg)
Kekecohan di KLIA: 'Ganggu penjawat awam, ambil tindakan terhadap Menteri MOTAC' - Ronald
Walaupun King Sing mempunyai pas khas, namun perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
![Sampai bila bah! Ronald Kiandee desak kerajaan Sabah segera selesai masalah air dan elektrik Sampai bila bah! Ronald Kiandee desak kerajaan Sabah segera selesai masalah air dan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684389014_TBkerajaansabah.jpg)
Sampai bila bah! Ronald Kiandee desak kerajaan Sabah segera selesai masalah air dan elektrik
Datuk Seri Ronald Kiandee mendesak kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengambil tindakan lebih berkesan untuk menangani gangguan bekalan air dan elektrik yang semakin kritikal.
!['Tak semua bunga ros, rupanya ada tahi ayam' - Ronald Kiandee sindir blok Kerajaan 'Tak semua bunga ros, rupanya ada tahi ayam' - Ronald Kiandee sindir blok Kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678092391_TBRonaldKiandee.jpg)
'Tak semua bunga ros, rupanya ada tahi ayam' - Ronald Kiandee sindir blok Kerajaan
Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu secara berseloroh menjemput ahli GPS untuk berada di kerusi pembangkang sekiranya tidak senang bersama blok kerajaan.
![Status empat ahli Parlimen Sabah keluar Bersatu masih kekal, kedudukan diumum selepas 21 hari - Johari Status empat ahli Parlimen Sabah keluar Bersatu masih kekal, kedudukan diumum selepas 21 hari - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671431497_JohariAbdul.jpg)
Status empat ahli Parlimen Sabah keluar Bersatu masih kekal, kedudukan diumum selepas 21 hari - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul hari ini berkata status empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar daripada Bersatu setakat ini kekal dan belum ada kekosongan kerusi mereka.