BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai produk makanan bernilai RM54,402.90 kerana menyalahgunakan penandaan logo halal pada barangan dalam pemeriksaan di sebuah premis di Bukit Tengah, di sini pada Isnin.
Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata KPDNHEP negeri telah membuat pemeriksaan di premis dipercayai memproses barangan makanan berkenaan pada 11 pagi hasil aduan orang ramai dan mendapati beberapa barangan di situ menggunakan penandaan logo halal tanpa diperakukan oleh pihak berkuasa.
"Semasa pemeriksaan dijalankan kami mendapati premis itu mengeluarkan beberapa jenis barangan seperti minyak bijan, minyak biji sawi, air ros (mawar), air lemuju dan kapur yang menggunakan penandaan logo halal tanpa diperakukan oleh pihak berkuasa berwibawa.
"Ekoran itu, KPDNHEP Pulau Pinang telah menyita 4,392 unit minyak bijan, minyak biji sawi (3,192 unit), air ros (mawar) (7,968 unit), air lemuju (2,580 unit) dan 5,916 unit kapur yang kesemuanya bernilai RM54,402.90 kerana menggunakan penandaan logo halal tanpa kebenaran," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Katanya kes itu disiasat menurut Akta Perihal Dagangan 2011 dan KPDNHEP Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga supaya beretika serta tidak menggunakan penandaan halal tanpa diperakui halal oleh pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022

Mohd Ridzuan berkata pemeriksaan mendapati premis itu mengeluarkan beberapa jenis barangan seperti minyak bijan, minyak biji sawi, air ros (mawar), air lemuju dan kapur.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.

Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.

Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.