LABUAN:Individu atau pelancong dari pulau bebas cukai ini yang ingin masuk ke Sabah perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran polis semasa pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah berkuat kuasa mulai tengah malam Sabtu sehingga 16 Okt ini.
Ketua Polis Daerah Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata orang ramai terutamanya warga tempatan dikehendaki memaklumkan balai polis dan membuat permohonan sebelum melakukan perjalanan ke Sabah.
Bagaimanapun, beliau berkata peraturan baharu itu tidak terpakai ke atas syarikat pengangkutan membawa barang keperluan termasuk perabot dan peralatan ke pulau bebas cukai itu tetapi mereka perlu ada surat rasmi daripada majikan masing-masing.
"Kami mengingatkan mereka yang ingin melakukan perjalanan melalui laut atau udara ke Sabah atas urusan peribadi perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada balai polis berhampiran di pulau ini.
"Untuk perkhidmatan penting seperti pengangkutan barang keperluan seperti makanan, ubat-ubatan, bahan keselamatan dan lain-lain barangan penting yang dibenarkan masuk ke Sabah ... pergerakan di bawah kategori ini perlu ada surat rasmi daripada majikan dan perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa seperti polis di sekatan jalan raya," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Jumaat.
Muhamad Farid berkata Polis Kontinjen Labuan tidak akan membuat sekatan jalan raya di pulau ini bermula tengah malam 3 Okt berikutan pengumuman Kawalan Rentas Daerah di Sabah.
"Bagi Labuan, kami hanya akan menempatkan petugas yang mencukupi di Lapangan Terbang Labuan, dan dua terminal feri -- Terminal Feri Ro-Ro dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan, sejak 27 Sept," katanya.
Beliau juga berkata pengawasan secara 24 jam di sepanjang pesisir perairan dilaksanakan untuk memantau kemungkinan cubaan menyusup masuk oleh warga tempatan atau pendatang asing melalui laluan tidak sah ke pulau ini bagi mengelak pemeriksaan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020
Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dokumen perjalanan dan saringan penumpang feri roro kenderaan dari Menumbok Sabah yang baru tiba di Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada Jumaat. - BERNAMA
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.