Seorang pelatih di bengkel CDT Felda Jengka 2 di sini ditemukan mati lemas di Lubuk Yu dekat sini, malam tadi selepas dilaporkan hilang dan tenggelam ketika cuba melepaskan mata pancingnya yang tersangkut di dasar lubuk itu.
Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata mayat lelaki itu ditemukan pada kira-kira 8 malam tidak jauh dari lokasi terakhir dia dilihat selepas dilaporkan hilang dan tenggelam pada kira-kira 5 petang.
Katanya kejadian berlaku ketika pelatih itu Mohammad Azzrin Abdul Rahim, 20, berasal dari Alor Gajah Melaka pergi ke kawasan lubuk berkenaan selepas solat Zuhur bersama lima rakan termasuk tenaga pengajarnya untuk memancing.
Beliau berkata menurut rakan-rakannya, dia telah terjun ke dalam air untuk melepaskan mata pancingnya yang tersangkut di dasar lubuk berkenaan.
"Mangsa kemudian dilihat terkapai-kapai sebelum rakannya cuba menghulurkan kayu untuk menyelamat namun gagal sebelum mangsa terus tenggelam dan hilang daripada pandangan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Norzamri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 5.10 petang dan menugaskan ketua serta tiga anggota Balai Polis Sungai Jerik bersama kekuatan sebuah jentera dan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jengka ke tempat kejadian.
"Usaha mencari di lokasi turut dibantu oleh penduduk kampung yang akhirnya menemukan mayat mangsa pada kira-kira 8 malam.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jengka bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut oleh waris bagi urusan pengebumian," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 20 2018
Polis menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 5.10 petang dan menugaskan ketua serta tiga anggota Balai Polis Sungai Jerik bersama kekuatan sebuah jentera ke tempat kejadian. - Gambar fail
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.