KUALA LUMPUR: Insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas mungkin disebabkan pelanggaran titik kritikal pada struktur pesawat berkenaan, kata pakar penerbangan Profesor Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian.
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat Institut Teknologi Penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu berkata jika titik kritikal sesebuah pesawat terjejas atas faktor tertentu maka ia akan mengakibatkan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabkan ia kehilangan aerodinamik.
"Setiap pesawat ada titik kritikal, kalau titik kritikal telah merekah dan merebak ia akan menyebabkan strukturnya merekah dengan cepat dan disebabkan itu, kehilangan aerodinamik. Jadi, kemungkinan (pelanggaran kedua-dua pesawat) terkena titik kritikal (pesawat) tersebut.
"Sebab itu, ia mungkin tidak dapat melakukan putaran auto. Selalunya, helikopter kalau kehilangan enjin boleh melakukan putaran auto untuk mendarat dengan selamat... tetapi mungkin telah terkena bahagian kritikal (pesawat itu) di mana ia telah mengurangkan kadar aerodinamik (pesawat) secara tinggi," katanya dalam program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV hari ini.
Beliau juga menjelaskan apabila ketiadaan optimum aerodinamik pada helikopter mahupun pesawat yang lain maka ia akan mengakibatkan sesebuah pesawat tidak dapat melakukan penerbangan dengan baik sehingga boleh terhempas.
"Disebabkan tiada aerodinamik optimum (penerbangan) pesawat akan melencong ke kiri dan kanan seterusnya tidak dapat terbang dengan trajektori yang optimum itu dan menyebabkan ia terhempas selepas itu," katanya.
Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru helikopter Fennec TLDM.
Mengenai penubuhan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca nahas itu, Mohd Harridon menjangkakan laporan akan dikeluarkan secara berfasa iaitu laporan awal dan laporan komprehensif.
"Mungkin dalam fasa pertama akan ada maklumat am atau beberapa maklumat sulit tentang apa yang berlaku (nahas pesawat) dan tentang anggota kru seperti apakah perilaku kru ketika itu.
"Mereka akan ke lokasi nahas bagi mengutip serpihan atau komponen penting untuk dibawa ke makmal untuk mereka tahu apakah intensiti nahas semasa di udara dan melalui kaedah ini, mereka boleh kemukakan laporan awal," katanya.
Mohd Harridon juga berkata laporan komprehensif pula akan melibatkan pihak pengilang peralatan asal (OEM) yang akan menilai secara lebih lanjut data daripada makmal tersebut.
Selain itu, beliau berkata Lembaga Siasatan perlu menyiasat secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk keadaan udara dan cuaca semasa insiden berlaku.
Beliau turut mencadangkan Lembaga Siasatan meneliti buku log kedua-dua pesawat untuk melihat sama ada wujud anamolies bagi aspek teknikal pada kedua-dua pesawat dalam penerbangan terdahulu.
"Selalunya helikopter sebegini ada sistem pemantauan penerbangan yang memantau keadaan pesawat yang dilakukan oleh bahagian kejuruteraan, mereka akan kutip data selepas penerbangan dan mereka akan plot trend keadaan pesawat kemudian mereka boleh kemukakan solusi berhubung penyelenggaraan bagi memperbaiki dan membaik pulih pesawat itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Titik kritikal sesebuah pesawat yang terjejas akan akibatkan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabkan ia kehilangan aerodinamik. - Bernama
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Anak-anak mula terima kenyataan ibu sudah tiada - Suami Nurfarahimi
"Sebagai ayah, saya menasihati mereka untuk menerima apa yang telah ditentukan Allah SWT."
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Pelanggaran pada struktur titik kritikal mungkin sebabkan nahas helikopter - Pakar
Titik kritikal sesebuah pesawat yang terjejas akan akibatkan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabkan ia kehilangan aerodinamik.
Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.