KUALA LUMPUR:Pemain industri pelancongan di Sabah digalakkan menceburi industri akuakultur, agrokultur mahupun logistik menggunakan fasiliti sedia ada untuk menampung kos sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pemain industri agensi pelancongan, Tonny Chew berkata ia usaha selain promosi berpanjangan dan tawaran harga istimewa kepada pelancong tempatan selepas PKPD berakhir kelak.
"Cuma sekarang disebabkan kes ini meningkat, jadi PKPD dilaksanakan dan buat masa ini tidak ada apa dapat dibuat.
"Tetapi pemain syarikat disaran untuk menceburi akuakultur, agrokultur mahupun logistik dengan menggunakan fasiliti sedia ada," katanya semasa dihubungi, di sini, pada Jumaat.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata PKPD di enam kawasan di Semporna dan satu lokasi di Kunak, Sabah yang berakhir hari ini dilanjutkan dari 24 Oktober hingga 6 November depan.
Ismail berkata setakat ini penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih terdapat penularan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, kata Tonny, pandemik yang bermula sejak awal tahun itu menyebabkan kebanyakan pemain industri pelancongan kehilangan pendapatan akibat ketiadaan pelancong.
Jelasnya, impaknya akan menjadi lebih parah dan kebanyakan industri tidak dapat bertahan lama jika COVID-19 ini berterusan untuk jangka masa yang lebih panjang.
Astro Awani
Fri Oct 23 2020

Kata Tonny, pandemik yang bermula sejak awal tahun menyebabkan kebanyakan pemain industri pelancongan kehilangan pendapatan akibat ketiadaan pelancong. -Facebook / Sabah Tourist Association

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pelancongan Sabah: Pemain industri digesa ceburi bidang lain tampung kos sepanjang PKPD
Ia usaha selain promosi berpanjangan dan tawaran harga istimewa kepada pelancong tempatan selepas PKPD berakhir kelak.

Insiden culik tidak jejas sektor pelancongan Sabah - Mas Ermieyati
Ketibaan pelancong kian meningkat dan kejadian penculikan yang berlaku tidak menjejaskan sebarang aktitivi pelancongan di negeri di Bawah Bayu itu.