MELAKA: Pelancong dari Singapura yang menginap di Hotel Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, berpeluang mendapatkan potongan sewa hotel berdasarkan tol yang dibayar untuk memasuki Melaka bermula Mei depan, kata Pengurus Besarnya Sazali Sabri.
Beliau berkata, pemotongan harga bilik yang disewa diberikan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari republik itu menginap di hotel berkenaan khususnya selepas sempadan kedua-dua negara dibuka sejak 1 April lepas.
Katanya potongan harga berkenaan diberikan kepada pelancong Singapura yang memasuki Melaka menggunakan kenderaan mereka dan tiada had atau kuota pemberian diskaun ke atas jumlah kenderaan penginap ditetapkan.
"Sebelum ini, Hotel MITC menerima tempahan bilik daripada pelancong Singapura antara 20 hingga 30 peratus daripada jumlah 200 keseluruhan bilik yang ada di hotel ini, khususnya pada hujung minggu dan cuti sekolah.
"Jadi jika mereka masuk ke Melaka dan menginap di sini, kita akan berikan harga bilik istimewa dengan membayar tol mereka. Mereka hanya perlu menunjukkan bukti pembayaran tol berkenaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Majlis Makan Malam dan Meraikan Pelanggan serta Rakan Media 2022 di sini pada Isnin.
Sazali berkata, pelbagai pakej menarik lain juga ditawarkan dalam usaha menarik pelancong Singapura menginap di hotel berkenaan, antaranya ibadah korban sempena Aidiladha kerana sambutan yang menggalakkan.
Katanya Pesta Durian juga dijangka diadakan pada Mei depan dan ia merupakan antara acara yang amat dinantikan pelancong Singapura khususnya yang menginap di hotel berkenaan dengan harga menarik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Pemotongan harga bilik yang disewa diberikan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari republik itu. - Facebook MITC HOTEL
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan
Program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih.
TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.
145 usahawan berkampung di Melaka sempena SDSI bermula 6 Okt ini
Sebanyak 145 usahawan dari 14 negeri bakal memeriahkan Pameran SDSI MADANI Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di MITC di sini selama tiga hari bermula Jumaat.
Anugerah Seri Melaka rai tokoh anak kelahiran negeri - Rauf
Kerajaan negeri akan memperkenalkan Anugerah Seri Melaka (ASM) bagi meraikan tokoh-tokoh anak Melaka yang berjaya serta menyumbang khidmat bakti di peringkat nasional mahupun di persada dunia.
Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Melaka pada 25 April - Ab Rauf
Kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam pada 25 April ini.
Melaka sasar tiga projek usaha sama, pastikan anak syarikat capai keuntungan 20 peratus
Kerajaan Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya tiga projek usaha sama dilaksanakan anak syarikat di bawahnya dengan kerjasama rakan kongsi perniagaan baharu dalam tempoh lima tahun.
Polis Melaka tutup satu laluan sempena Jelajah AKM
Penutupan jalan itu hanya membabitkan bulatan MITC menghala ke laluan masuk Hotel MITC bermula 8 pagi esok hingga 6 petang 16 Okt.
Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawar pada karnival kerjaya jamin kerja
Peluang pekerjaan berkenaan meliputi pelbagai sektor termasuk bioteknologi melibatkan lebih 30 majikan dari dalam dan luar Melaka.
Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas
Malaysia merangkul tiga pingat emas menerusi Kategori Artistik pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Dewan MITC gegak gempita dengan sorakan semangat lebih 500 peserta dari 40 negara yang mengambil bahagian.