MELAKA: Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Melaka sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) selama tiga hari bermula 14 Okt depan.
Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata peluang pekerjaan berkenaan meliputi pelbagai sektor termasuk bioteknologi melibatkan lebih 30 majikan dari dalam dan luar Melaka.
"Kita menyasarkan 15,000 pengunjung termasuk pencari kerja hadir sepanjang tiga hari karnival kerjaya berkenaan berlangsung, dan sesi temu duga terbuka disediakan kepada semua pencari kerja di dalam dan luar Melaka.
"Karnival kerjaya ini juga merupakan satu platform terbaik buat graduan untuk mencari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan mereka," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas Program Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Mendekati Media dan Inisiatif Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Kepada Media Berstatus Pemberita Sambilan di Melaka yang turut dihadiri Pengarah Perkeso negeri Abd Razak Omar.
Ngwe berkata elaun mencari pekerjaan berjumlah RM300 sebulan akan turut diberikan kepada pencari kerja terlibat dalam tempoh tiga bulan berdasarkan syarat kelayakan ditetapkan, selain elaun persediaan bekerja RM400 sekiranya pemohon mendapat pekerjaan dalam tempoh empat bulan dari tarikh permohonan dibuat.
"Antara syaratnya ialah pencari kerja berkenaan merupakan individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan Perkeso mulai 1 Jun tahun lepas terutama graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja tidak formal yang terkesan akibat penularan COVID-19.
"Individu berkenaan mestilah berusia 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan. Elaun diberikan sebagai bantuan kewangan bagi meringankan beban pencari kerja selain memberi motivasi kepada mereka untuk mencari pekerjaan," katanya.
Terdahulu pada program berkenaan, 30 pengamal media berstatus pemberita sambilan di Melaka menerima caruman Perkeso secara percuma selama setahun bernilai RM6,984.
Caruman bernilai RM232.80 setahun bagi setiap pemberita sambilan di bawah SKSPS itu dibiayai sepenuhnya Ngwe bagi memastikan golongan berkenaan mendapat perlindungan Perkeso selain menggalakkan mereka mencarum insurans berkenaan.
Di bawah perlindungan berkenaan, pemberita sambilan itu mendapat pelbagai manfaat seperti faedah perubatan, hilang upaya sementara dan hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan serta pengurusan mayat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
![Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawar pada karnival kerjaya jamin kerja Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawar pada karnival kerjaya jamin kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664316205_KarnivalKerjaya.jpg)
Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Melaka sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. - Foto BERNAMA
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739015449_JPVPP.jpg)
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
![Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712580254_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Kapasiti air di beberapa takungan di Sandakan kurang
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan bekalan air di daerah itu bergantung kepada dua sumber utama, iaitu Empangan Segaliud dan takungan air. Bagaimanapun beberapa takungan dilaporkan mengalami penurunan kapasiti.
Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya mengaku telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
![Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715418665_TBBIKEWEEK.jpg)
Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan
Program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih.
![TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710476867_TBKAPALPERSIARAN.jpg)
TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.
![145 usahawan berkampung di Melaka sempena SDSI bermula 6 Okt ini 145 usahawan berkampung di Melaka sempena SDSI bermula 6 Okt ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696410611_mitcmelaka.jpg)
145 usahawan berkampung di Melaka sempena SDSI bermula 6 Okt ini
Sebanyak 145 usahawan dari 14 negeri bakal memeriahkan Pameran SDSI MADANI Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di MITC di sini selama tiga hari bermula Jumaat.
![Anugerah Seri Melaka rai tokoh anak kelahiran negeri - Rauf Anugerah Seri Melaka rai tokoh anak kelahiran negeri - Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684167282_AnugerahHariGuru.jpg)
Anugerah Seri Melaka rai tokoh anak kelahiran negeri - Rauf
Kerajaan negeri akan memperkenalkan Anugerah Seri Melaka (ASM) bagi meraikan tokoh-tokoh anak Melaka yang berjaya serta menyumbang khidmat bakti di peringkat nasional mahupun di persada dunia.
![Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Melaka pada 25 April - Ab Rauf Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Melaka pada 25 April - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680942222_AbRaufYusoh.jpg)
Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Melaka pada 25 April - Ab Rauf
Kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam pada 25 April ini.
![Melaka sasar tiga projek usaha sama, pastikan anak syarikat capai keuntungan 20 peratus Melaka sasar tiga projek usaha sama, pastikan anak syarikat capai keuntungan 20 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670829210_SulaimanBajet.jpg)
Melaka sasar tiga projek usaha sama, pastikan anak syarikat capai keuntungan 20 peratus
Kerajaan Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya tiga projek usaha sama dilaksanakan anak syarikat di bawahnya dengan kerjasama rakan kongsi perniagaan baharu dalam tempoh lima tahun.
![Polis Melaka tutup satu laluan sempena Jelajah AKM Polis Melaka tutup satu laluan sempena Jelajah AKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665627439_JKMMelaka.jpg)
Polis Melaka tutup satu laluan sempena Jelajah AKM
Penutupan jalan itu hanya membabitkan bulatan MITC menghala ke laluan masuk Hotel MITC bermula 8 pagi esok hingga 6 petang 16 Okt.
![Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawar pada karnival kerjaya jamin kerja Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawar pada karnival kerjaya jamin kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664316205_KarnivalKerjaya.jpg)
Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawar pada karnival kerjaya jamin kerja
Peluang pekerjaan berkenaan meliputi pelbagai sektor termasuk bioteknologi melibatkan lebih 30 majikan dari dalam dan luar Melaka.
![Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41659114316_Silat.jpg)
Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas
Malaysia merangkul tiga pingat emas menerusi Kategori Artistik pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
![Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658874168_KejuaraanPencakSil.jpg)
Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Dewan MITC gegak gempita dengan sorakan semangat lebih 500 peserta dari 40 negara yang mengambil bahagian.