MELAKA: Kerajaan Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya tiga projek usaha sama dilaksanakan anak syarikat di bawahnya dengan kerjasama rakan kongsi perniagaan baharu dari dalam dan luar negara dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata sasaran itu dalam usaha memastikan bilangan anak syarikat kerajaan negeri yang mencatatkan keuntungan pada kadar 20 peratus setahun, bertambah selaras dengan pembukaan semua sektor ekonomi di fasa endemik.
Beliau berkata antara sektor perniagaan dipelopori anak syarikat kerajaan negeri bersama rakan kongsi terlibat ialah pendidikan, kesihatan atau perubatan, perhotelan, hartanah, kewangan dan teknologi.
"Tahun lepas, 10 anak syarikat kerajaan negeri mencatatkan peningkatan keuntungan melebihi 20 peratus, enam anak syarikat merekodkan keuntungan kurang 20 peratus manakala 23 lagi anak syarikat berjaya mengurangkan kerugian.
"Melaka merupakan negeri pelancongan dan penularan COVID-19 memberi impak besar kepada ekonomi terutama terhadap agensi serta anak syarikat kerajaan negeri yang menjalankan aktiviti berasaskan pelancongan dan perhotelan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, di sini hari ini.
Sulaiman berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) yang ingin tahu prestasi anak syarikat kerajaan negeri dalam mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan pada Bajet Negeri Melaka 2021.
Beliau berkata antara sektor perniagaan yang boleh dipelopori anak syarikat kerajaan negeri bersama rakan kongsi terlibat ialah bidang pendidikan seperti dilaksanakan Institut Air Melaka (MWI) di bawah Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan tiga rakan strategik iaitu Jabatan Tenaga Manusia, PBA Resources Sdn Bhd dan Malaysian Water Academy Sdn Bhd.
Katanya kerjasama berkenaan melibatkan pembangunan bahan pengajaran, penyediaan tenaga pengajar serta tempat latihan untuk penyediaan latihan kemahiran di bawah sistem pensijilan kemahiran kebangsaan bagi industri bekalan air.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri turut menyasarkan sekurang-kurangnya satu anak syarikat disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia dalam tempoh 15 tahun akan datang dan pihaknya kini sedang mengenal pasti anak syarikat yang berpotensi.
Menjawab soalan tambahan Dr Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) berkaitan senarai 10 anak syarikat kerajaan negeri yang mencapai keuntungan lebih 20 peratus pada tahun lepas, beliau berkata antaranya ialah Pusat Dagangan Antarabangsan Melaka (MITC), Institut Pengurusan dan Integriti Melaka dan Hospital Putra.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata antara sektor perniagaan dipelopori anak syarikat kerajaan negeri bersama rakan kongsi terlibat ialah pendidikan, kesihatan atau perubatan, perhotelan, hartanah, kewangan dan teknologi.- Foto BERNAMA
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Agong berkenan terima sembah taklimat MAIM
Pada majlis itu Al-Sultan Abdullah berkenan menerima laporan prestasi dan pencapaian MAIM sepanjang tempoh 2022.
Pertukaran Ketua Menteri Melaka tidak jejas persiapan UMNO berdepan PRN - Ahmad Maslan
Kemelut politik di Melaka membabitkan pertukaran Ketua Menteri negeri itu tidak menjejaskan persiapan UMNO untuk berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Di hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, ini rayuan Sulaiman Md Ali
Rakyat Melaka dirayu beri sokongan sama kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu termasuk Ketua Menteri.
Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri
Desas-desus mengatakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh.
"Keputusan lepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka hanya kerana desakan hati" - Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan langkahnya melepaskan jawatan sebagai ketua menteri dibuat tanpa desakan mana-mana pihak.
Sulaiman menangis tinggalkan pejabat rasmi Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucapan kepada kakitangannya pada hari terakhir memasuki pejabat di Kompleks Seri Negeri, hari ini.
Zahid sahkan UMNO cadang nama Ab Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu
Ahmad Zahid turut memaklumkan Sulaiman memberitahunya faktor kesihatan merupakan faktor beliau meletakkan jawatan.
Ketua Pembangkang DUN Melaka hormat keputusan Sulaiman letak jawatan
PN Melaka turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sulaiman atas jasa dicurahkannya sepanjang memegang jawatan itu.
Sah! Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka baharu Jumaat ini
Pejabat SUK Melaka mengesahkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka akan diadakan Jumaat.
Sulaiman, TYT masuk pejabat di Seri Negeri seperti biasa
Difahamkan beliau hadir ke pejabatnya hari ini untuk berjumpa kakitangan dan bukan meneruskan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka.