AYER KEROH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucapan kepada kakitangannya pada hari terakhir memasuki pejabat di Kompleks Seri Negeri, hari ini.
Video Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu yang dilihat menyeka air matanya itu tular tengah hari tadi selepas beliau memasuki pejabat Ketua Menteri itu kira-kira jam 8.59 pagi.
Beliau dikatakan tidak bersedih melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri, sebaliknya beliau sedih untuk berpisah dengan kakitangannya yang sudah bersamanya dalam memberikan perkhidmatan cermerlang bagi negeri Melaka.
“Saya sangat berterima kasih kepada semua kakitangan pejabat ini yang banyak membantu saya.
“Jasa serta budi baik semua akan saya kenang selagi hayat dikandung badan dan jangan ada sedikit pun kekurangan khidmat untuk Ketua Menteri yang baharu nanti,” katanya.
Astro AWANI pada Khamis melaporkan Sulaiman masih memasuki pejabatnya seperti biasa di Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh.
Beliau memasuki kompleks berkenaan kira-kira pukul 8.59 pagi tadi meskipun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam telah mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu telah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
Sulaiman sebelum ini kali pertama menjadi Ketua Menteri Melaka ke-12 menggantikan Adly Zahari yang dilantik Ketua Menteri Melaka ke-11 pada 11 Mac 2018 selepas Adly tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka sebagai Ketua Menteri.
Melaka kemudian terpaksa pula mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap Sulaiman dan menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa dengan 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, selepas PRN Melaka November 2021 lalu, situasi politik di negeri ini beberapa kali berdepan detik genting apabila timbul dakwaan kononnya jawatan ketua menteri akan bertukar tangan.
Desas-desus kuat mengatakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga ADUN Tanjung Bidara bakal menggantikan Sulaiman.
Ahmad Zahid hari ini turut memaklumkan hanya satu nama, iaitu Ab Rauf telah dihantar UMNO kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk dilantik sebagai Ketua Menteri baharu.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Mar 30 2023

Video Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu yang dilihat menyeka air matanya itu tular tengah hari tadi. - Foto Astro AWANI

Nilai rampasan e-waste cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion.

Gangguan teknikal e-Placement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan
Kementerian Kesihatan membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Unit Integriti UA, IPT akan diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti - Zambry
Zambry berkata langkah itu diambil, bagi memastikan ketelusan tadbir, pelaksanaan tugas dan pemantauan integriti dilaksana sebaiknya.

Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes penemuan peluru
Seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdapat kejanggalan dalam perolehan FWCMS - PAC
PAC mendapati terdapat kejanggalan apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Surat Setuju Terima sebelum memuktamadkan terma dan kaedah perolehan FWCMS.
AWANI Ringkas: Kematian ahli panel kastam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.

Seni, budaya ‘jambatan’ hubungkan warisan Melaka, Indonesia
Pelayaran Jalur Rempah yang dilaksanakan kerajaan Indonesia dilihat pendekatan terbaik ke arah usaha menghubungkan warisan antara dua negara.

Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.

Kenderaan Ketua Menteri Melaka hampir dihempap, saran pantau pokok di ibu kota
Sebatang pokok yang tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di sini hampir mengenai kenderaan yang membawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.

Melaka umum tarif baharu air Rabu ini - Ab Rauf
Kerajaan Melaka akan mengumumkan tarif baharu air pada Rabu ini dengan mengutamakan kepentingan pengguna dan pemegang taruh terlibat.

Ab Rauf ketuai delegasi Melaka ke SCEWC 2023 di Barcelona
SCEWC merupakan ekspo terbesar dan paling berprestij di dunia dalam bidang inovasi perbandaran dan bandar raya pintar.

Melaka catat pelaburan RM5 bilion lebih awal, sasaran 2023 sebanyak RM6 bilion
Pelaburan di Melaka bagi 2023 terus menunjukkan perkembangan positif apabila merekodkan nilai berjumlah RM5 bilion lebih awal.

Exco Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam - Ab Rauf
Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam.

Di hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, ini rayuan Sulaiman Md Ali
Rakyat Melaka dirayu beri sokongan sama kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu termasuk Ketua Menteri.

Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri
Desas-desus mengatakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh.