KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara akan melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara yang lebih khusus selaras dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030 pada bulan Ogos ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata ia adalah pelan tindakan yang akan menggariskan modus operandi terancang melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
"Setakat ini program dilaksanakan sangat terhad dan tiada strategi spesifik yang tersusun, oleh itu dengan adanya pelan ini ia diharap dapat merancang dan menyusun program lebih berstrategi dan dinamik.
"Pelan ini antaranya menyentuh seluruh kelompok pendidikan iaitu bermula dengan pendidikan awal di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya di peringkat universiti," katanya ketika ditemui selepas berucap pada Forum Sejahtera Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir pada forum ini ialah Presiden KSI Strategic Institute for Asia Pacific Tan Sri Michael Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Kumpulan UCSI Datuk Peter Ng.
Aaron berkata usaha penghayatan Rukun Negara akan terus diperluaskan lagi.
"Kita berhasrat untuk mengembangkan lagi pembacaan Rukun Negara kepada seluruh negeri termasuk di setiap kali pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri, dan perkara ini turut disentuh secara terperinci dalam pelan tindakan berkenaan.
Beliau berkata lima prinsip Rukun Negara bukan sahaja sepatutnya dihafal dan dihayati, tetapi perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya negara, demi perpaduan yang lebih erat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024

Aaron Ago Dagang berkata ia adalah pelan tindakan yang akan menggariskan modus operandi terancang melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi. -Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan
Peranan KRT dalam menyelesaikan polemik itu memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap badan itu sebagai agen perpaduan.

Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.

Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.

Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang
Maklum balas itu bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang mencadangkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama
Menteri Perpaduan Aaron Aro Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.

KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.

KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
KPN akan sentiasa pastikan perpaduan terus dipelihara dengan mengambil kira kepelbagaian etnik, budaya dan agama yang jadi asas kekuatan.