KUALA LUMPUR: Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040) yang akan menggantikan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020) akan dipamerkan seawal Januari tahun depan selama sebulan.
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Azman Abidin berkata sehubungan itu warga kota dan semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan atau cadangan penambahbaikan agar dapat sama-sama membangunkan Kuala Lumpur.
Beliau yang bertanggungjawab bagi Unit Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Tempatan berkata cadangan atau pandangan itu boleh dikemukakan melalui pameran yang akan diadakan di lokasi awam seperti pejabat kerajaan dan juga secara dalam talian.
"PTKL2040 ini amat penting dan sangat memerlukan input daripada orang awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk supaya pelaksanaan bagi pembangunan Kuala Lumpur dapat dipercepatkan.
"Selepas itu, kami akan buat juga pendengaran selama tiga bulan tertakluk kepada berapa banyak jumlah bantahan yang diterima, " katanya pada sidang media di sini, semalam.
Terdahulu, Azman memaklumkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) yang mengandungi visi, matlamat, hala tuju strategi dan tindakan untuk memandu Kuala Lumpur bagi 20 tahun akan datang telah diluluskan oleh Perdana Menteri pada 4 Okt dan ia juga telah diwartakan pada 19 Okt yang lepas.
Beliau berkata PSKL 2040 dijangka dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri sebelum 23 Nov ini dan warga kota boleh membeli pelan (salinan cetak) itu dengan harga RM120 dan juga boleh diakses secara dalam talian.
Pada Julai lepas, Anwar meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan penambahbaikan pada deraf PSKL 2040 sebelum ia diwartakan dan antara tumpuan harus diberikan ialah mengekalkan kawazan rizab hutan, kawasan lapang dan perumahan mampu milik perlu diperluaskan bagi menampung permintaan terhadap jenis perumahan itu oleh warga kota.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

PTKL2040 amat penting dan sangat memerlukan input daripada orang awam, NGO dan persatuan penduduk supaya pelaksanaan bagi pembangunan Kuala Lumpur dapat dipercepatkan. - Facebook Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 dipamer kepada awam awal Januari 2024
Warga kota dan semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan atau cadangan penambahbaikan.