LABUAN: Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
Syarikat pengurusan tiket, Binabalu Sdn Bhd yang menyelia feri Galaxy dan Blue Ocean memaklumkan terdapat peningkatan enam peratus terhadap tambang sedia ada.
"Susulan pendaftaran SST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami akan mula mengenakan SST pada semua perkhidmatan pengangkutan air berkuat kuasa 1 Mac 2024," menurut syarikat itu dalam kenyataan semalam.
Sementara itu, Pengurus Labuan Point Enterprise Robert Ling berkata syarikat pengurusan tiket untuk MV Joy Star, MV Kimanis 1, MV Putrajaya 1 dan MV Goodwill Star itu telah mengemukakan pendaftaran untuk pelaksanaan SST.
"Bagaimanapun, kelulusan masih belum diperoleh. Justeru, tambang feri tidak berubah sehingga diberitahu kelak," katanya.
Pasa masa ini, tambang sehala bagi kenderaan sedan ialah RM40, manakala kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV), kabin tunggal/ganda dan semua kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan van dikenakan tiket berharga RM50. Motosikal bawah 250 cc pula ialah RM11, manakala 250 cc dan ke atas sebanyak RM30.
Feri Putrajaya 1 mampu memuatkan hingga 85 kenderaan dan 500 penumpang pada satu-satu masa, Goodwill Star (85 kenderaan, 420 penumpang), Kimanis 1 dan Joy Star pula masing-masing dengan kapasiti 55 kenderaan dan 220 penumpang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini. - Gambar hiasan/Bernama

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.

Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF
Kutipan hasil cukai berasaskan penggunaan telah berkurangan selepas SST dilaksanakan semula bagi menggantikan GST.

Op Pantau: Lebih 1,800 premis diperiksa di Terengganu
KPDN Terengganu menerusi Op Pantau, telah memeriksa 1,806 premis di seluruh Terengganu, bermula 12 Mac.

Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.

Kesan kenaikan SST, pendaftaran PADU antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kesan kenaikan cukai SST ke 8% kepada kos sara hidup rakyat, serta pendaftaran PADU, antara yang jadi tumpuan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Ops Kesan: 7,527 premis diperiksa, 409 notis dikeluarkan - Armizan
Menerusi Ops Kesan itu juga 409 notis telah dikeluarkan kepada peniaga untuk tindakan selanjutnya dan 25 aduan telah diterima pihaknya setakat ini.

Kadar baharu SST: Peniaga berperanan tentukan harga - Pakar
Pemerhatian mendapati ada peningkatan harga namun tidak melibatkan semua jenis barang.

Shopee tingkat caj yuran komisen penjual - naik hingga sekali ganda
Shopee menyatakan yuran ini akan dikenakan pada kedai yang telah beroperasi lebih 120 hari sahaja.

GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.

Spritzer berdepan tekanan kos akibat cukai perkhidmatan 8% - MIDF Research
MIDF Research bimbang kemungkinan tekanan inflasi ke atas perbelanjaan operasi Spritzer Berhad yang disebabkan peningkatan harga daripada pembekal akibat cukai perkhidmatan yang lebih tinggi.