Pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal, Gojek di negara ini perlu dikaji secara menyeluruh, terutamanya dari segi faktor keselamatan berikutan jangkaan pertambahan motosikal dan risiko peningkatan kadar kemalangan jalan raya.
Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Kulanthayan KC Mani berkata secara relatifnya, motosikal berisiko tinggi terbabit dengan kemalangan, berbanding kenderaan lain.
"Mana-mana kenderaan strukturnya berasaskan dua roda, dari segi kestabilan ia kurang, maka mudah untuk terlibat dalam kemalangan, sukar untuk kita kawal kenderaan tersebut," katanya ketika menjadi tetamu program UPSOUND terbitan Bernama News Channel (Astro 502) yang disiarkan pada malam Rabu.
BACAAN: Pemandu Gojek ancam kepung Kedutaan Malaysia berikutan video penghinaan tular
BACA: Dakwaan hina Indonesia, pengasas Big Blue Taxi mohon maaf
BACA: Gojek peluang buat mat motor jana pendapatan - Syed Saddiq
Malah, beliau berkata pengguna jalan raya menggunakan kereta mempunyai satu lapisan perlindungan kerana tertutup, namun tiada bagi motosikal yang terbuka, menyebabkan berlakunya kecederaan langsung terhadap penunggang atau pembonceng motosikal jika terbabit dalam kemalangan.
"Contohnya penumpang duduk dalam kereta, apabila berlaku kemalangan impak pertamanya terhadap badan kereta kemudian baru sampai kepada badan penumpang. Kemalangan motosikal pula terus kepada badan dan kita akan dapat kecederaan," katanya.
Menurut Dr Kulanthayan, statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2018 menunjukkan hampir 550,000 kemalangan direkodkan dan daripada jumlah itu 6,824 kematian dicatat.
Daripada angka itu, beliau berkata 65 peratus jumlah kematian melibatkan penunggang motosikal dan pembonceng.
Sehubungan itu, beliau menyarankan penggunaan perkhidmatan awam jenis rel dan bas, kerana ia lebih selamat berbanding jenis pengangkutan lain.
Isu Gojek menarik perhatian rakyat Malaysia, selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan hasrat mahu memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal itu, di negara ini.
Rabu lepas, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memberitahu media bahawa Kabinet bersetuju dengan cadangan mewujudkan perkhidmatan Gojek, dan jemaah menteri memutuskan agar kajian daripada sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu, sebelum ia boleh dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 29 2019

Isu Gojek menarik perhatian rakyat Malaysia, selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan hasrat mahu memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal itu, di negara ini. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bahasa Indonesia berpotensi jadi bahasa pengantar Asia Tenggara - Nadiem Makarim
Menurut Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia serta pengasas Gojek Nadiem Makarim, beliau ingin Indonesia terkenal untuk budaya dan bahasanya, bukan sahaja daripada sudut ekonomi.

Tak mampu bayar bil hospital, penunggang e-hailing nekad bawa lari jenazah bayi
Puluhan pemandu motosikal e-hailing bawa lari jenazah seorang bayi apabila keluarganya tidak mampu membayar bil hospital di Padang, Indonesia.

Dewan Rakyat: Rancangan pelaksanaan e-hailing motosikal antara tumpuan hari ini
Nik Nazmi bertanya bilakah projek perintis perkhidmatan itu akan dimulakan serta sama ada kerangka perundangan mengenainya telah siap dirangka Kementerian Pengangkutan.

Jokowi umum barisan Kabinet Indonesia Maju 2019
Pengasas Gojek, Nadiem Makarim dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan manakala ketua parti pembangkang, Prabowo Subianto pula sebagai Menteri Pertahanan.

Kabinet luluskan konsep e-hailing motosikal, bukan kepada Gojek sahaja - Anthony Loke
Anthony Loke berkata ramai yang keliru dengan isu ini dan mana-mana syarikat operator perkhidmatan boleh beroperasi selepas kerangka undang-undang mod pengangkutan tersebut diluluskan oleh Parlimen.

Pemandu Gojek kumpul wang untuk biayai Shamsubahrin ke Jakarta
Lebih 400 pemandu Gojek mengadakan bantahan secara aman di luar kedutaan bagi membantah kenyataan Shamsubahrin sebelum ini yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.

Pelaksanaan Gojek perlu kajian faktor keselamatan
Pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal, Gojek di negara ini perlu dikaji secara menyeluruh, terutamanya dari segi faktor keselamatan.

K'jaan utamakan keselamatan dalam pelaksanaan Gojek - Anthony Loke
Pihaknya tidak akan kompromi dalam isu membabitkan keselamatan dan laporan kajian hala tuju dan mekanisme perkhidmatan e-hailing motosikal akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.

Lapan garis panduan dicadang pastikan Gojek lebih selamat - MSOSH
MSOSH cadang lapan garis panduan yang perlu dipertimbangkan oleh pihak berkuasa sebelum benarkan Gojek beroperasi.

Kadir Jasin persoal kewajaran benarkan perkhidmatan Gojek
A. Kadir Jasin mempersoalkan kewajaran kerajaan memberi kebenaran terhadap cadangan pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek di negara ini.