PUTRAJAYA: Pelaksanaan rangkaian generasi kelima (5G) perlu dibuat dalam jangka waktu yang munasabah bagi mengelakkan kehilangan pelabur berpotensi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata pelaksanaan 5G perlu dilakukan dalam tempoh tiga tahun dengan sekurang-kurangnya 80 peratus kawasan berpenduduk menerima liputan rangkaian itu.
"Kalau (pelabur) ingin datang ke Malaysia, mereka akan tanya ada fasiliti 5G atau tidak, dan jika ada mereka datang.
"Jika kami kata lima tahun lagi baru ada 5G, mereka (pelabur berpotensi) akan pergi ke tempat lain... jadi anda kehilangan pelabur berpotensi. Itu adalah sesuatu yang penting untuk kesejahteraan negara dan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Keselamatan Internet 2022 - Edisi Malaysia, di sini hari ini.
Annuar berkata beliau akan melakukan apa yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah berkaitan bagi memastikan pelaksanaan 5G akan berlangsung dalam tempoh sepatutnya.
"Walau apa masalah yang timbul, saya akan memastikan ia akan diselesaikan.
"Sila ingat, apabila kami melancarkan 4G, ia mengambil masa lapan tahun untuk mencapai 80 peratus ...kami tidak boleh melaksanakan 5G dengan kelajuan yang sama," katanya.
Jumaat lepas, Annuar berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Kewangan (MOF) akan membentangkan Memorandum Jemaah Menteri bulan depan untuk menoktahkan isu berkaitan Digital Nasional Bhd (DNB).
Beliau berkata kedudukan DNB dan Rangkaian Borong Tunggal atau Rangkaian Borong Dual yang menjadi satu perdebatan dan polimik akan diselesaikan tidak lama lagi.
DNB, merupakan syarikat tujuan khas kerajaan bagi pelancaran 5G, sebelum ini mengumumkan ketersediaan rangkaian itu di beberapa kawasan tertentu di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur bermula 15 Dis lepas.
DNB komited untuk menyegerakan jadual pelancaran liputan 5G kepada 80 peratus populasi negara menjelang 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Annuar merasmikan sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 sambil disaksikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Panglima Mohd Azumi Mohamed (kiri). - Bernama
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.