KUALA LUMPUR: Pelaksanaan rangkaian Generasi Kelima (5G) secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN) menerusi Digital Nasional Berhad (DNB) bakal membolehkan rakyat menikmati kemudahan perkhidmatan itu pada kadar lebih murah.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana hanya satu syarikat yang terlibat dalam penyediaan infrastruktur manakala syarikat telekomunikasi akan memfokus kepada penyediaan perkhidmatan.
"Perkhidmatan 5G ini perlukan banyak menara... bayangkan kalau setiap syarikat buat menara sendiri dalam Kuala Lumpur, penuhlah menara 5G sedangkan kita hanya perlu lebuh raya tunggal yang lebih efisien, tidak bertindih dan dapat urus dengan lebih baik, dan kerana itulah lahirnya konsep SWN, DNB yang bukan bersifat monopoli.
"Kerajaan juga telah bersetuju buat modifikasi 70 peratus (pegangan ekuiti DNB kepada syarikat telekomunikasi) untuk diberikan kepada syarikat.
"Bagaimanapun, ia tetap di bawah platform tunggal iaitu DNB sahaja yang akan uruskan soal infrastruktur. Kalau infrastruktur hanya satu syarikat sahaja yang sediakan, jadi dapat rendahkan kos infrastruktur, (dan) kita harap rakyat dapat perkhidmatan 5G pada harga yang lebih rendah," katanya ketika menjadi tetamu program Inklusif 'Menteri Annuar Musa: Kualiti Telco: Kerajaan Peka Rintihan Rakyat' yang disiarkan TV1 malam tadi.
Beliau berkata model SWN juga bakal menyaksikan persaingan antara syarikat telekomunikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan lebih efisien kepada rakyat.
Annuar juga berkata proses menaik taraf perkhidmatan digitalisasi negara bukanlah bersifat sehala sebaliknya memerlukan maklum balas daripada orang ramai.
"Prosesnya harus dua hala, kita perlu dapat maklum balas daripada pengguna, maklum balas mesti cepat supaya tindak balas untuk lakukan penaiktarafan dapat dibuat dengan segera, lalu kita lancarkan JENDELA (Pelan Jalinan Digital Negara).
"Melalui JENDELA, (jika) rakyat ada masalah dengan ketersambungan di kawasan mereka, mereka boleh buat aduan.
"Dengan cara ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan buat pemantauan kerana kita perlu berhubung juga dengan syarikat telekomunikasi yang sediakan perkhidmatan untuk turun ke lapangan (bagi) memperbaiki mutu perkhidmatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
Annuar berkata proses menaik taraf perkhidmatan digitalisasi negara bukanlah bersifat sehala sebaliknya memerlukan maklum balas daripada orang ramai. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.