HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia boleh mempelajari pengalaman Vietnam yang mampu membangun dan bangkit semula selepas hampir musnah, kesan penjajahan Perancis serta campur tangan Amerika di negara itu.
Anwar berkata kesan daripada kemusnahan itu, ramai rakyat Vietnam terpaksa melarikan diri termasuk ke Malaysia disebabkan kekacauan di negara asal ketika itu yang bukan sahaja tidak selamat tetapi ekonominya turut terjejas teruk.
"Penderitaan rakyat Vietnam (ketika zaman kekacauan) sebagaimana kita tahu, di Malaysia ramai yang kenal orang pelarian, orang yang diusir dan terpaksa lari kerana masalah ekonomi dan perubahan yang mengejutkan.
"Tetapi seperti mana kita tahu, dia (Vietnam) boleh meningkat maju sebagai kekuatan (kuasa) ekonomi yang menakjubkan dan di antara negara membangun yang paling berjaya di dunia.
"Ini pertamanya kerana, kesatuan yang dahulunya pecah kepada Vietnam Utara dan Selatan yang menjadi satu, dan fokus rakyat negara itu ialah kesatuan dan perpaduan dengan matlamat yang jelas membangunkan negara dan membela nasib rakyat," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar bersama media Malaysia sebelum berlepas pulang ke ibu negara selepas lawatan rasmi dua hari ke Vietnam.
Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Hanoi petang semalam untuk lawatan rasmi itu atas jemputan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh.
Anwar berkata kalau pada tahun 1990-an, Vietnam banyak bergantung dan belajar dari Malaysia yang berkembang maju terutama dalam sektor kewangan dan perbankan namun kini Vietnam sudah mendahului Malaysia dalam beberapa sektor.
"Tetapi kerana Vietnam bersatu, mereka tumpu kepada ekonomi dan saudara juga tahu ada beberapa tindakan tegas (ketegasan) soal tata kelola dan antirasuah.
"Ini maknanya tata kelola itu diutamakan, membersihkan negara daripada pengaruh-pengaruh yang boleh melemahkan, sendi negara itu," katanya.
Terdahulu, ketika menyentuh isu yang sama semasa menghadiri Majlis Ramah Mesrah bersama rakyat Malaysia di sini Anwar berkata langkah Vietnam yang bersikap tegas terhadap amalan rasuah dan mengutamakan kesatuan negara demi rakyat adalah selari dengan konsep MADANI di Malaysia.
"Kerajaan Perpaduan dengan konsep MADANI mahu mengembalikan tumpuan atau dasar kita kepada idea dan impian nenek moyang kita, bahawa Malaysia mesti demokratik, menghormati undang-undang dan mempertahankan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan termasuk isu bahasa, isu Islam dan kesucian Raja-Raja Melayu," katanya.
Perdana Menteri berkata Perlembagaan Persekutuan menghormati dan mengiktiraf hak semua rakyat dan memberikan setiap orang peluang yang adil tanpa diskriminasi, supaya rakyat boleh hidup dengan aman dan sejahtera.
Justeru, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya akan bertindak tegas terhadap rasuah, perkauman dan mereka yang menggunakan agama dan ekstremisme.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga boleh belajar daripada Vietnam mengenai dasar pelaburan jelas di negara itu bagi menggalakkan kemasukan pelaburan asing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
![Pelajari pengalaman Vietnam untuk kembalikan Malaysia sebagai sebuah negara hebat - PM Anwar Pelajari pengalaman Vietnam untuk kembalikan Malaysia sebagai sebuah negara hebat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689936842_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media bersama wartawan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
![Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723770703_maut.jpg)
Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah
Tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an ditahan polis di sekitar Sungai Petani untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
!['Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley 'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723768502_JohnBeasley.jpg)
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
![Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723768689_abraufyusoh.jpg)
Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.
![Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723768526_soccermatch.jpg)
Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan
Pemain berusia 27 tahun itu menyifatkan tindakannya 'tidak wajar' dan memohon maaf menerusi satu video, selepas dia menyedut nitrus oksida.
AWANI Pagi: iFUTURE 2024 : Pemerkasaan mahasiswa merentas benua
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi membincangkan mengenai bagaimana usaha pemerkasaan mahasiswa yang merentasi benua digerakkan menerusi iFUTURE 2024. Diskusi bersama dua tetamu, Prof Dr. Azlinda Azman, Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Syahril Ahmad Sofian, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Ikuti perbincangannya, 7:30 pagi
![SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723767551_MuhammadIqbalDanie.jpg)
SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.
![Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723767192_TBquranhour.jpg)
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
!['Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar 'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723766033_RakamanCCTVNidza.jpg)
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Antara Muhammad Yunus, noktah kemiskinan dan Malaysia Antara Muhammad Yunus, noktah kemiskinan dan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723609111_MuhammadYunus.jpg)
Antara Muhammad Yunus, noktah kemiskinan dan Malaysia
Muhammad Yunus yang memimpin kerajaan peralihan Bangladesh ketika ini sarat dengan kisah memerangi kemiskinan dan ia berkait rapat dengan Malaysia.
![Anwar sambut baik jaminan Muhammad Yunus, sedia bantu Bangladesh Anwar sambut baik jaminan Muhammad Yunus, sedia bantu Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723614760_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar sambut baik jaminan Muhammad Yunus, sedia bantu Bangladesh
Perkara itu menjadi antara topik yang dibincangkan kedua-dua pemimpin menerusi panggilan telefon pada Selasa malam.
![PRAXIS 2024 bincang isu keutamaan strategik negara PRAXIS 2024 bincang isu keutamaan strategik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723607293_ISIS.jpg)
PRAXIS 2024 bincang isu keutamaan strategik negara
Anwar dalam ucapannya menekankan kepentingan menangani isu-isu ini menjelang negara mencapai status pendapatan tinggi.
![PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Tatarstan PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Tatarstan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723603895_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Tatarstan
Anwar berkata pertemuan berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya bersempena dengan lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.
![PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA pada MAPPA ke-19, Jumaat ini PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA pada MAPPA ke-19, Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723523531_AnwarIbrahim.jpg)
PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA pada MAPPA ke-19, Jumaat ini
Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19.
![Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723437985_AnwarIbrahim.jpg)
Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM
Anwar berkata saintis-saintis mahir boleh mempamerkan penemuan-penemuan baharu dalam bidang sains, digital, mahupun kecerdasan buatan (AI).
![Tatakelola jadi pegangan KSN baharu dalam menerajui sektor awam Tatakelola jadi pegangan KSN baharu dalam menerajui sektor awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723435460_ShamsulAzriAbuBak.jpg)
Tatakelola jadi pegangan KSN baharu dalam menerajui sektor awam
Agenda tatakelola selaras dengan amanat yang dijunjung Perdana Menteri Anwar, kata Shamsul Azri.
![Olimpik Paris 2024: Jangan mengeluh prestasi kontinjen negara - PM Anwar Olimpik Paris 2024: Jangan mengeluh prestasi kontinjen negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723434908_AnwarIbrahim.jpg)
Olimpik Paris 2024: "Jangan mengeluh prestasi kontinjen negara" - PM Anwar
Kerajaan akan menyiapkan kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan dan olahraga dalam negara sebagai persediaan ke acara antarabangsa kelak.