KOTA BHARU: Gara-gara mendakwa disamun empat lelaki bermotosikal di Jalan Tengku Mohd Maasum, di sini semalam, seorang pelajar sebuah universiti direman dua hari kerana membuat laporan polis palsu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata tindakan pelajar berusia 20-an itu dikesan selepas siasatan polis mendapati dia gagal memberikan keterangan yang konsisten berkenaan kejadian tersebut.
"Dalam laporan yang dibuat, pelajar itu mendakwa telah didatangi empat lelaki yang menaiki dua motosikal dan memberitahu seorang daripada 'suspek' bertindak mengacukan senjata jenis pisau serta meminta dia menyerahkan beg silang yang digalas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosdi berkata pelajar tersebut kemudian mengaku membuat laporan serta memberi keterangan palsu atas alasan kad pengenalan miliknya hilang sebelum ini sebanyak tiga kali dan untuk mengelak daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
"Pelajar tersebut direman hingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan dan memberikan maklumat palsu.
"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga 6 bulan atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Mohd Rosdi berkata tindakan pelajar berusia 20-an itu dikesan selepas siasatan polis mendapati dia gagal memberikan keterangan yang konsisten berkenaan kejadian tersebut. - Gambar hiasan
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Pelajar universiti ditahan buat laporan palsu
Tindakan pelajar berusia 20-an itu dikesan selepas siasatan polis mendapati dia gagal memberikan keterangan konsisten berkenaan kejadian tersebut.
Polis buru lelaki 45 tahun susulan penemuan beg silang berisi dadah
Pemeriksaan lanjut menemukan 87.5 gram heroin, 324 biji pil kuda dan 1.0 gram syabu di dalam beg silang itu.