KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Lima antara dua individu diberkas dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan lesen memandu dalam talian menerusi serbuan di sebuah rumah di Durian Tunggal, pada Sabtu.
Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Superintenden Mohamad Musa Marsidi berkata, pihaknya sebelum ini menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa mengalami kerugian RM490 apabila mahu mendapatkan lesen memandu dengan cara mudah tanpa melalui proses Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Selasa lalu.
"Mangsa sebelum itu telah melayari iklan di laman sosial Facebook yang menawarkan perkhidmatan membuat lesen memandu tanpa melalui proses yang sah.
"Mangsa kemudian menghubungi nombor tertera melalui aplikasi WhatsApp dan dalam urusan tersebut, mangsa dijanjikan lesen memandu dengan bayaran RM490.
"Bagaimanapun, setelah bayaran dibuat suspek masih meminta bayaran tambahan daripada mangsa dengan pelbagai alasan. Curiga dengan tindakan suspek, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, berdasarkan maklumat diterima, sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, IPK Kuala Lumpur serta Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras Kuala Lumpur membuat serbuan di sebuah rumah sekitar Durian Tunggal, Melaka pada Sabtu.
"Serbuan yang dijalankan kira-kira jam 10.05 malam itu berjaya memberkas dua lelaki warga tempatan berumur 17 dan 22 tahun dipercayai terlibat dalam penipuan tersebut.
"Turut dirampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses lesen palsu tersebut," katanya.
Menurutnya, kedua suspek direman tiga hari untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 04 2022

Curiga dengan tindakan suspek yang masih meminta bayaran tambahan untuk perkhidmatan membuat lesen memandu, mangsa tampil membuat laporan polis. - Gambar fail/PDRM

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pelajar Tingkatan Lima antara suspek sindiket penipuan lesen memandu
Mangsa sebelum itu telah melayari iklan di laman sosial Facebook yang menawarkan perkhidmatan membuat lesen memandu tanpa melalui proses yang sah.